Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40 : Cara Semakan Status & Penebusan RM50

Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40

Untuk makluman anda, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang khas untuk B40 (PTV).

Permasalahan yang berlaku sepanjang Pandemik COVID-19 yang masih lagi berterusan telah memberikan gambaran betapa pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah di Malaysia. Ini kerana memandangkan penyertaan insurans yang amat rendah di kalangan kumpulan B40,  subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial B40 ini.

baucar perlindungan tenang ptv
Program ini merupakan langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial dimana ciri-cirinya akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022 dan ia juga sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀

Baca juga: Cadangan Had Pengeluaran i-Citra RM10,000 (One-Off)

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)

Program Baucar Perlindungan Tenang PTV merupakan skim bantuan kewangan di mana satu baucar sebanyak RM50 akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insuransa dan pengendali takaful berlesen. Program ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Malaysia bagi memperluaskan perlindungan sosial kepada penerima BPR di Malaysia yang layak.

baucar perlindungan tenang ptv

Ciri-Ciri / Kelebihan Baucar Perlindungan Tenang PTV

Penerima bantuan yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang PTV ini untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda & lain-lain. Anda boleh rujuk kriteria Perlindungan Tenang seperti dalam gambar di bawah:

baucar perlindungan tenang ptv

Syarat-Syarat Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang PTV

Sila rujuk syarat kelayakan seperti di bawah dan juga di dalam gambar:

    1. Hanya layak untuk penerima BPR sahaja
    2. Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi ini sahaja
    3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
    4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu untuk memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil yang sedia ada.

baucar perlindungan tenang ptv

Baca juga: Jangan Pandang Rendah Kuasa Mak2, Sekali Mereka Serang, Tengok Apa yang Jadi

Cara Membuat Semakan Baucar Perlindungan Tenang PTV

Seramai 3.6 juta golongan isi rumah B40 sudah boleh mula menyemak status kelayakan mereka untuk program ini yang bernilai RM50 ini bermula 30 September 2021. Ini merupakan sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik terutama untuk golongan B40.⠀

Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:

    • Cara manual: Anda boleh kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
    • Cara Online: Anda boleh layari laman web www.myPTV.my.

Sila rujuk langkah di bawah untuk cara online:

    1. Sila layari  Laman web www.myPTV.my
    2. Sila masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan anda dan tandakan tandakan di kotak “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot
    3. Sila tekan butang “Cari”. Sekiranya anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej yang seterusnya.

Soalan Lazim

Bilakah tarikh Program Baucar Perlindungan Tenang ini bermula?
Jawapan : Program Baucar Perlindungan Tenang berkuatkuasa mulai 30 September 2021 sehingga 30 September 2022.

Bolehkah baucar untuk polisi / sijil yang sedia ada yang telah dibeli digunakan sebelum pelancaran program PTV?
Jawapan : Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi/sijil Perlindungan Tenang baharu/memperbaharui polisi/sijil (Tarikh kuatkuasa berdasarkan kepada Tarikh pelancaran Program Baucar Perlindungan Tenang).

Berapa banyakkah baucar yang akan saya dapat?
Jawapan : Setiap penerima BPR yang layak hanya akan menerima satu baucar yang bernilai RM50. Baucar ini tidak boleh dipindahmilik.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, sila rujuk cara di bawah:

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress