Langkah Claim Baucar RM200 Kredit Shopee Oktober 2021 Untuk Rakyat Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini menjalankan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat RM200 bagi pembelian mesin basuh di Shopee. Iniadalah dalam usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh menerusi tawaran hebat di pasaran
Perkara ini dilihat amat sesuai bagi pengguna dan pelanggan Shopee yang berhasrat mahu membeli mesin basuh baru. Anda perlu buat tindakan sekarang untuk mendapatkan Baucar Shopee RM200 agar tidak terlepas daripada mendapatkan tawaran ini daripada pihak Shopee. Oleh itu sekiranya anda berminat, sila dapatkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh di aplikasi Shopee.
Tawaran Kredit Shopee RM200
Pengguna Shopee yang aktif atau yang sudah disahkan (verified) oleh shopee layak mendapat e-baucar sebanyak RM200.
Baca juga: BPR Tambahan : Semakan Rayuan & Bayaran RM500, RM300 & RM100
Langkah Permohonan Baucar Shopee RM200
Tiada syarat pembelian khusus dikenakan kepada sesiapa yang ingin dapatkan e-Rebat ini kerana anda hanya perlu verify akaun ShopeePay anda untuk mendapatkan baucar tersebut.
Berikut adalah panduan verify akaun ShopeePay anda:
1. Sila tekan bahagian ShopeePay
2. Sila masuk ke bahagian ShopeePay Setting
3. Tekan “Set Now” di bahagian IC Verification
4. Sila ambil gambar kad pengenalan dan gambar anda dan tandakan (Tick) pada kotak yang disediakan dan klik “Confirm”
Langkah Penebusan Baucar
Pengguna yang telah berjaya verify akaun ShopeePay tidak perlu buat sebarang penebusan. Sila rujuk maklumat di bawah untuk tindakan anda:
-
- Baucar RM200 akan terus dikreditkan / dimasukkan secara automatik ke bahagian “My Voucher” anda pada 24 September 2021
- Sila tambah barangan dengan label Jimat 1.0 ke troli anda
- Semasa melakukan pembelian, pilih baucar Jimat Air 1.0 dan buat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay semasa checkout
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai kempen Jimat Air 1.0, anda boleh hubungi SPAN di talian di bawah:
- Tel: 03 8317 9333 ATAU
- Layari laman web SPAN KLIK DISINI
Baca juga: Shopee Affiliate Program : Langkah Buat Duit Tanpa Menjual