Bayaran BKC Fasa 2 Bermula 25 November Ini ~ Semak Segera!

Bayaran BKC Fasa 2 Bermula 25 November Ini ~ Semak Segera!

RASMI: Pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COV19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November 2021 bersamaan hari khamis dengan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, bayaran kedua itu melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Pembayaran Fasa 1 BKC yangtelah selesai dibuat pada September lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima rakyat Malaysia.

Semakan status kelulusan / pembayaran BKC boleh dibuat melalui portal rasmi BKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my

Pecahan Kategori Miksin Tegar, B40 & M40

Kategori Miskin Tegar

Isi Rumah

    • September – RM500
    • November – RM500
    • Disember – RM300

Warga Emas / Sebatang Kara

    • September – RM200
    • November – RM300

Bujang

    • September – RM200
    • November – RM300

Kategori B40

Isi Rumah

    • September – RM500
    • Disember – RM300

Warga Emas / Sebatang Kara

    • September – RM200

Bujang

    • September – RM200

Kategori M40

Isi Rumah

    • September – RM250

Warga Emas / Sebatang Kara

    • September – RM100

Bujang

    • September RM100

Bila & Bagaimana Membuat Semakan BKC Fasa 2 Ini?

    • Tarikh dan semakan pembayaran pada 25 November 2021.
    • Semak pembayaran Bantuan Khas COV19 (BKC)
    • Tarikh status lulus / pembayaran BKC akan dibuat secara berperingkat.
    • Sila semak status kelulusan secara online sebelum ke bank.

Kaedah Pembayaran

    • Akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 bagi miskin tegar dan B40.
    • Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian bagi M40.

Soalan Lazim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *