Bayaran Fasa 3 Dah Mula Masuk – Pembayaran Sehingga RM2,300!
Bantuan yang ditunggu-tunggu bulan ini, bayaran BPR Fasa 3 dah mula masuk dan telah mula dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula hari ini SECARA BERPERINGKAT.
Bayaran BPR
Seperti yang ramai sedia maklum, BPR atau dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat ini merupakan khas kepada B40 & M40 yang layak.
Bantuan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu isi rumah dan bujang.
Tarikh Rasmi Bayaran BPR Fasa 3
Tarikh rasmi yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia adalah pada 28 September 2021. Tetapi kemungkinan besar akan masuk bermula minggu ini SECARA BERPERINGKAT.
Merujuk pengguna-pengguna FB di Group Bantuan Prihatin Malaysia, ramai yang sudah dapat bayaran bagi mereka yang ada akaun BSN.
Bukti Pembayaran BPR Dah Masuk Ke Dalam Akaun Bank
Untuk bukti kemasukan, sila rujuk gambar-gambar resit di bawah. Gambar-gambar berikut adalah resit bank bagi mereka yang telah menerima bantuan ini.
Baca Juga : Cara Mohon Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
Cara Semakan BPR
Untuk semakan status pembayaran kelayakan, sila klik di pautan berikut :
Jumlah Bantuan BPR
Untuk bantuan BPR Fasa Ketiga ini, berikut adalah jumlah pembayaran :
-
- Isi Rumah Bawah RM2,500 = RM500 – RM1,100
- Isi Rumah RM2,501 – RM4,000 = RM200 – RM600
- Isi Rumah RM4,001 – RM5,000 = RM100 – RM200
- Bujang = Tak Dapat
Info Tambahan
Sila semak dulu di bank akaun anda secara online sebelum keluarkan di ATM atau bank berdekatan! Jika tiada akaun bank BSN lagi, anda boleh daftar BSN Login sekarang. Sangat Mudah!