Bayaran i-Citra November RM1000 Dibuat Pada Hari Ini – Semak Sekarang!

Semak Sekarang ! RM 1000 Bayaran I-Citra November Dibuat Pada Hari Ini

i-Citra adalah kemudahan pengeluaran bagi ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.

OnViral akan kongsikan kepada anda info lanjut mengenai i-Citra.

Jadual Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP

Untuk pengetahuan semua, sekiranya ada yang masih belum tahu, Pembayaran i-Citra bagi bulan November akan dilakukan bermula 1 November 2021. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 ini telah bermula pada bulan Ogos yang lalu dimana pembayaran akan dilakukan setiap bulan sehingga tempoh 5 bulan mengikut permohonan yang anda telah lakukan. Sila lakukan semakan status dan semakan pembayaran bulan november untuk BKC Fasa 2.

Tarikh Rasmi Bayaran i-CITRA Bulan November

Berdasarkan pengumuman yang dilakukan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman Twitter rasmi, mereka telah menyatakan bahawa bayaran i-Citra bagi bulan November akan dilakukan bermula pada tarikh 1 November 2021 iaitu pada hari isnin. Pengkreditan amaun ke dalam akaun bank ahli akan dilakukan dalam tempoh 1-3 hari masa bekerja dan segalanya bergantung kepada prosedur bank. Proses pembayaran juga akan dilakukan secara berperingkat memandangkan jumlah penerima adalah ramai.

Sila baca artikel sehingga selesai untuk jadual pembayaran i-Citra sebagai rujukan anda.

Semakan Status i-Citra 2021

Bagi yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan di pautan ini KLIK DISINI

Jangkaan Masa Bayaran i-CITRA Setiap Bank

Sila rujuk jangkaan waktu masuk pembayaran wang i-CITRA di bawah bagi bank – bank di Malaysia.

    • AM Bank – Bermula jam 9 malam
    • Alliance Bank – Bermula jam 9 malam
    • Agro Bank – Bermula jam 8 malam
    • Affin Bank – Bermula jam 8 malam
    • Bank Rakyat – Bermula jam 8 malam
    • BSN – Bermula jam 6 petang
    • CIMB Bank – Bermula jam 9 malam
    • Maybank – Bermula jam 10 malam
    • RHB – Bermula jam 9 malam
    • Public Bank – Bermula jam 9 malam
    • OCBC – Bermula jam 10 malam
    • Citibank – Bermula jam 9 malam
    • Hong Leong – Bermula jam 10 malam
    • Bank Muamalat – Bermula jam 6 petang
    • Bank Islam – Bermula jam 9 malam

Soalan Lazim

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

    • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
    • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
    • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
    • Bayaran minimum adalah RM50
    • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
    • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

bayaran i-citra

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila pilih saluran di bawah:

    • Untuk FAQ penuh iCitra KLIK DISINI
    • Untuk membuat semakan status KLIK DISINI
    • Untuk melayari Laman web rasmi & menggunakan perkhidmatan Livechat “Ask ELYA” KWSP KLIK DISINI
    • Untuk Bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Hotline i-Citra, sila dail talian 03-8922 4848
    • Kenyataan Media KLIK DISINI

Baca Juga : BKC Fasa 2: Semakan Status & Jumlah Pembayaran Diterima

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress