Seperti yang kita semua tahu, bulan April merupakan bulan yang penting kepada para pencarum KWSP yang menerima insentif i-Lestari dan i-Sinar.
Bulan April merupakan pembayaran terakhir bagi i-Lestari dilaksanakan setelah setahun pembayaran bermula.
Selain itu, pembayaran i-Sinar akan turut dilaksanakan kepada pencarum yang memohon. Pembayaran terbahagi kepada dua iaitu pembayaran Kategori 1 & Kategori 2.
Kami dari onviral.com.my akan kongsikan kepada anda berkenaan tarikh pembayaran dilaksanakan. Sila baca dengan teliti.
Tarikh Pembayaran i-Sinar April
Untuk pengetahuan anda semua, pembayaran i-Sinar telah pun dilaksanakan seawal 1 April 2021 sama seperti tarikh pembayaran i-Lestari.
Pembayaran i-Sinar akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan seterusnya penerima Kategori 2.
Manakala, Kategori 2 i-Sinar pula akan menerima bayaran lewat sedikit iaitu pada 7 April 2021 berbanding Kategori 1.
Kenyataan Rasmi KWSP
Melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KWSP, pihak KWSP ada mengatakan bahawa:
- Pembayaran bulan April i-Sinar akan dibuat sehingga 16 April 2021.
- Pembayaran adalah secara berperingkat dan mengikut batch/kumpulan masing-masing.
- Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah selama 1-5 hari bekerja bergantung prosedur bank anda.
- Sebagai contoh, pihak KWSP telah melakukan pembayaran pada 7 April (sama seperti jadual i-Akaun), wang tersebut akan masuk ke dalam akaun bank anda antara 1-5 hari bekerja (Isnin-Jumaat).
Anda semua faham? Diharapkan anda semua dapat bersabar.
Cara Daftar i-Akaun KWSP EPF Secara Online
Cara Membuat Semakan Status Bayaran i-Sinar
Untuk pengetahuan anda, semakan status bayaran anda boleh dilaksanakan pada portal rasmi atau aplikasi i-Akaun. Kami kongsikan panduan semakan di bawah:
- Layari portal rasmi i-Akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/login
- Anda perlu login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
- Setelah anda berjaya untuk login, sila klik pada pautan Withdrawal History atau Sejarah Pengeluaran. Jika anda memilih pilihan Bahasa Melayu. Bahagian tersebut anda boleh dapati di ruangan sebelah kiri.
- Sila klik pada kolum ‘i-Sinar’.
- Akhirnya, status/ tarikh pembayaran akan dipaparkan pada skrin anda.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda, jangan lupa share kepada keluarga,famili serta rakan-rakan!