Bayaran i-Sinar September Diawalkan Bermula 26 Ogos

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan tentang pembayaran i-Sinar bulan September melalui laman web Facebook rasmi mereka.

Siapakah Yang Akan Terima i-Sinar Ogos?

Ramai yang berkata bahawa pembayaran i-Sinar sudah tamat. Namun perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Hal ini kerana masih terdapat pencarum yang baru sahaja memohon atau pembayaran belum mencapai 6 bulan.

Golongan seperti contoh di atas adalah penerima i-Sinar selain daripada bayaran i-Citra.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Pembayaran Bermula 26 Ogos

Menurut info yang diterima daripada Facebook rasmi KWSP, pembayaran i-Sinar untuk bulan Ogos akan diawalkan pada 26 Ogos 2021.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Anda akan menerima bayaran i-Sinar Ogos awal 3-4 hari daripada tarikh sebetulnya. Perkara ini adalah untuk memudahkan pihak KWSP bagi urusan i-Citra dan i-Sinar.

Jadual Pembayaran i-Sinar Ogos

Pembayaran Ogos hanya akan dilakukan selama 1 hari sahaja tetapi secara berperingkat. Berbeza daripada sebelum ini dimana pembayaran akan dilakukan secara berperingkat sehingga 10 hari pada bulan-bulan sebelum ini.

Oleh itu, kepada penerima i-Sinar anda tidak perlu menunggu lama untuk menerima pembayaran.

Jika pembayaran belum anda terima pada 26 Ogos maka anda akan terima pada 27 Ogos. Tetapi jika terdapat kelewatan pembayaran melebihi tarikh yang diberikan, anda boleh menunggu sekitar 1-2 selepas itu atau menghubungi pihak KWSP.

Bukti Pembayaran

Di bawah adalah bukti pembayaran di mana penerima i-Sinar Ogos telah menerima bayaran mereka. Rujuk:

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress