Bayi 3 Bulan Bengkak Dada Disuap Biskut Kering Oleh Nenek,’Tegur Mak Mertua Tapi Kena Marah’.

Bergelar seorang ibu dan ayah memang menyeronokkan tetapi tanggungjawab yang digalas bukan semudah yang kita sangkakan.Ilmu keibubapaan adalah sangat penting sebelum menimang cahaya mata bertujuan untuk mempermudahkan urusan ketika membesarkan anak-anak dan kita tidak kekok apabila berhadapan dengan situasi yang tak disangka-sangka.

Terbaru, seorang ibu berkongsi detik cemas apabila anaknya berusia 3 bulan mengalami gejala bengkak dada setelah diberikan kudapan biskut kering oleh mak mertuanya.

Kisah tersebut telah dikongsikan oleh seorang  wanita dari Indonesia yang dikenali dengan Yusti Ridayanti.Menurutnya, bayinya itu telah diberi makan tiga kali sehari biskut kering oleh ibu mertuanya .Lebih mengejut, bayi malang itu mengalami bengkak dada selepas diberikan kudapan tersebut.

@yustiiimdvHati sya hancurr liat anakk dada nya bengkak krna bru 3 hri udh d suapin saya gk tau klau bayi 3hri blm blh d ksh mkn maafin bunda nak ??♬ suara asli – Fefy?

 

Bercerita lanjut, wanita itu berasa serba salah terhadapnya dan tidak tahu bahawa terdapat kesan buruk apabila memberikan kudapan kepada bayi yang masih kecil.

Hati saya hancur lihat dada anak bengkak kerana baru 3 hari dah disuap kudapan. Saya tak tahu kalau bayi 3 hari belum boleh diberi makanan itu. Maafkan ibu ya anak.

Dakwa wanita berkenaan, dia telah menegur perbuatan ibu mertuanya namun sebaliknya dia pula dimarah.Menurut Rusti, ibu mertuanya juga tidak tahu perkara tersebut kerana menurutnya pada zaman dahulu tiada ‘pantang larang’ seperti itu. Susulan itu, Rusti mula mencari maklumat dan menimba ilmu berkaitan kekeluargaan.-ONVIRAL

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress