Bekas Pelajar Universiti Buktikan Kerja Ini Boleh Beri Hasil Lumayan. ‘Saya Malas Makan Gaji”.

kerja

 

Jitra: Di saat rakan sebayanya lebih memilih untuk kerja dengan makan gaji atau mencari kerja yang lebih glamour seorang pemuda, Hisyamuddin Mohamad, 22, lebih senang bergelumang dengan najis haiwan di bawah terik mentari dengan menjadi penternak kambing dan bebirinya.

Disebabkan minatnya yang mendalam untuk menjadi usahawan tani menyebabkan dia mengambil keputusan drastik dengan berhenti belajar meskipun sudah tiga bulan menyertai pengajian Diploma Pengurusan Ladang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis pada 2014.

Ternyata langkah beraninya itu membuahkan hasil oleh berkat kesungguhannya dalam mengusahakan penternakan kambing dan bebirinya, dia berjaya mengeksport penternakannya itu ke beberapa negeri seperti Perlis, Pulau Pinang hingga ke Perak dengan memperoleh pendapatan yang lumayan.

“Terus terang saya katakan, saya sudah mulai minat untuk bekerja dan saya tidak lagi berminat untuk belajar menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dari universiti.

Baca lagi : Gaji Minima Di Malaysia

“Ditambah pula, saya malas untuk makan gaji dan bermula pada saat itu saya cuba menceburkan diri dalam bidang usahawan yang lain secara kecil-kecilan sehinggalah saya merasakan usaha penternakan kambing dan bebiri ini mampu menghasilkan pulangan yang lumayan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Metro Ahad ketika ditemui di ladang penternakannya di Desa Keda Malau, di sini.

Anak bongsu daripada empat adik beradik itu pernah berniaga aksesori telefon kecil-kecilan secara dalam talian ketika umurnya 15 tahun dan selepas setahun, dia mampu berdikari dengan mendapatkan barangan aksesori itu sendiri dari negara China.

Hisyamuddin berkata sebelum menjadi penternak kambing dan bebiri, dia menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubu Batu, Malau, dekat sini selama lapan bulan.

“Di situlah saya mula belajar melihat cara penternakan kambing dan bebiri dengan betul dan selepas itu saya mengambil keputusan untuk mengerjakan penternakan berkenaan di sebidang tanah milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah berkeluasan lima hektar

“Terdapat dua kandang kambing dimana penternakan dilakukan secara fidlot. Satu untuk transit (dijual) dan satu lagi adalah untuk pembiakan,” ujarnya.

Beliau berkata rutin harian kerja penternakan bermula pada 8.30 pagi sampai lewat petang.

“Saya menggunakan wang yang saya simpan selama ini dimana saya bermula dengan kemasukan 20 ekor kambing dengan bermodalkan RM12,000.

“Selepas, penternakan semakin berkembang barulah saya berani mengambil pinjaman daripada pihak bank untuk meluaskan lagi perniagaan ini.

“Secara purata, sebanyak 300 hingga 400 ekor kambing dan bebiri boleh dijual manakala bagi pembiakan pula, saya mempunyai 70 ekor kambing dan bebiri untuk dibiakkan,” ujarnya.

Hisyamuddin berkata, permintaan terhadap kambing dan bebirinya sangat tinggi di pasaran apabila menjelangnya Aidiladha serta cuti sekolah dimana pada ketika itu, ramai orang akan melaksanakan kenduri.

 

 

“Permintaan kepada kambing yang diternak saya bukan saja di Kedah tetapi melangkaui sehingga Perak, Pulau Pinang dan juga Perlis.

“Saya tempatkan 150 ekor kambing dan bebiri di kandang transit yang berkeluasan 14 x 4.6 meter manakala bagi 300 ekor kambing dan bebiri yang disediakan bagi dibiakkan pula diletakkan dalam kandang berkeluasan 6.5 x 2.7 meter.

“Kambing dan bebiri ini pula akan saya berikan makanan seperti dedak pada waktu pagi dan rumput liar dan kekacang pada tengah hari dan petang,” katanya.

Tambahnya lagi, dia melihat penternakannya ini mampu untuk berkembang dengan lebih besar yang mana dia turut mempunyai perancangan untuk melaksanakan pelancongan tani atau ‘agro-tourism’ di kawasan itu.

“Saya plan untuk membuka chalet di kaki bukit sekitar kawasan ini jika penternakan ini bertambah maju.

“Malah, saya berharap dapat merealisasikan rancangan tersebut dalam masa dua tahun akan datang di tempat ini,” katanya

Sumber

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress