Rumusan Kandungan Bajet 2022 Belanjawan Malaysia

Rumusan Senarai Intipati Bajet 2022 Belanjawan Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 sudahpun dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada hari Jumaat lepas bertarikh 29 Oktober 2022 oleh Menteri Kewangan, YBM Tengku Dato Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz. Seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu akan pembentangan ini kerana di sini lah bantuan kewangan untuk rakyat dan negara akan diumumkan.

Belanjawan 2022 yang dibentangkan akan menjadi belanjawan yang bersifat komprehensif yang memberikan keutamaan kepada kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum serta mampu menggambarkan satu pe­rancangan penuh sistematik dan terancang oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Perhatian dan penekanan utama pihak kerajaan bagi belanjawan 2022 adalah tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Dengan itu, pihak kerajaan akan terus komited menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat bagi mencapai hasrat tersebut.

Ringkasan Daripada Intipati Kandungan Bajet 2022 Belanjawan Malaysia

Pembentangan Belanjawan 2022 amat penting kepada rakyat Malaysia di mana pelaksanaannya perlu dilakukan da­lam keadaan yang cekap, tangkas dan berkesan agar rakyat dapat menikmati faedahnya. Sudah pastinya rakyat meletakkan harapan yang tinggi agar pihak kerajaan dapat mengagihkan belanjawan ini secara bijaksana dan berhati-hati.

Di bawah adalah ringkasan daripada intipati penting kandungan Bajet 2022 sepanjang pembentangan belanjawan 2022.

Belanjawan 2022 Malaysia

Belanjawan 2022 Malaysia dibentangkan secara langsung pada :

    • Tarikh: 29 Oktober 2021 (Jumaat)
    • Masa: 4 petang
    • Kaedah : Secara bersiaran langsung – Pembentangan Belanjawan 2022

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Belanjawan 2022

Tema

    • Tema 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera
    • Tema 2021 : Teguh Kita, Menang Bersama

Matlamat Induk Bajet 2022

    • Rakyat Yang Sejahtera
    • Perniagaan Yang Berdaya Tahan
    • Ekonomi Yang Makmur Dan Mampan

Peruntukan Bajet

    • Peruntukan bajet 2022: RM332.1 bilion
    • Peruntukan bajet 2021 : RM 322.5 bilion

Perincian Peruntukan Bajet 2022

Perbelanjaan Pengurusan

    • Jumlah : 233.5 bilion

Perbelanjaan Pembangunan

    • Jumlah : 75.6 bilion

Kumpulan Wang Covid-19

    • Jumlah : 23 bilion

Simpanan Luar Jangka

    • Jumlah : 2 Bilion

Baca Juga: Jasad Bekas Imam Dijumpai Dalam Keadaan Sempurna. “Gerak HAti Kami Mengatakan Ayah Ada Di situ…”

belanjawan 2022 malaysia

Fokus Dalam Kandungan Intipati Bajet 2022

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

belanjawan 2022 malaysia

BKM telah menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi isi keluarga berpendapatan kurang RM2,500 mengikut kategori di bawah:

    • RM 2,000: Mempunyai 3 orang anak atau lebih
    • RM 1,500: Mempunyai 2 atau 1 anak
    • RM 1,000: Tidak mempunyai anak

Bantuan tambahan:

    • Sejumlah RM500 akan diberikan kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM5,000
    • Sejumlah RM300 akan diberikan kepada isi rumah warga emas

2. Bantuan Awal Persekolahan

Tambahan bantuan sebanyak RM50 menjadikan jumlah bantuan RM150 akan diberikan kepada murid-murid bagi memulakan persekolahan

belanjawan 2022 malaysia

3. Diskaun Untuk PTPTN

Pembayaran balik PTPTN yang bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022 akan diberikan diskaun mengikut kadar sepereti di bawah:

    • 15% diskaun bagi penyelesaian penuh hutang
    • 12% diskaun bagi bayaran hutang melebihi 50% baki hutang
    • 10% diskaun bagi bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual

belanjawan 2022 malaysia

4. Belia e-Start

Golongan belia akan diberikan RM150 secara one-off melalui e-wallet

5. Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU

Tanggungan bagi kos lesen kenderaan bermotor akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU)

belanjawan 2022 malaysia

*Informasi terkini sedang dikemaskini

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2020

belanjawan 2022 malaysia

1. GST

Untuk makluman, pihak kerajaan tidak berhasrat untuk meneruskan semula GST

2. Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

    • Bantuan Sara Hidup akan diteruskan bagi tahun 2020
    • Individu bujang yang berumur 40 tahun ke atas dan individu OKU  layak menerima BSH sebanyak RM 300
    • Mereka akan menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara automatik dan percuma

Sila rujuk gambar di bawah.

belanjawan 2022 malaysia

3. MySalam Dan PeKa B40

    • MySalam merupakan skim perlindungan kesihatan takaful percuma bagi semua isi rumah penerima BSH yang berumur 18 hingga 55 tahun. Pembayaran tunai sejumlah RM8 ribu berserta elaun hospital kerajaan harian sejumlah RM 50/hari (maksimum 14 hari) akan diberikan kepada mereka yang disahkan menghidapi penyakit kritikal
    • Bermula 1 Januari 2020, perlindungan skim ini akan diperluas kepada 45 penyakit kritikal dan had umur pula akan dinaikkan sehingga 65 tahun
    • Individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100 ribu (bukan penerima BSH) akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4 ribu berserta elaun hospital kerajaan harian berjumlah RM 50/hari (maksimum 14 hari)

Untuk makluman, Skim PeKa B40 akan diperluas kepada individu yang berumur 50 tahun ke atas pada tahun ini berbanding 40 tahun ke atas pada tahun 2020

4. Tol

Bagi kadar tol pula, berikut adalah kandungan pembentangan:

    • Diberikan diskaun sebanyak 18% di tol PLUS mulai tahun 2020
    • Pengambilalihan lebuhraya utama di Lembah Klang; KESAS, LDP, SPRINT dan SMART
    • Caj kesesakan akan diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada waktu puncak dimana penurunan kadar tol sehingga 30% dari kadar tol semasa dan tol percuma pada waktu bukan puncak
    • Konsesi tol tidak akan dilanjutkan oleh pihak kerajaan
    • Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi kereta persendirian akan diturunkan dari RM 8.50 kepada RM 7.00

5. Program Subsisdi Untuk Petrol (PSP)

    • Pihak Kerajaan akan memperkenalkan satu program yang dipanggil Program Subsidi Petrol (PSP) bagi menggantikan sistem subsidi secara pukal
    • Harga runcit bagi RON95 dan Diesel akan diapung berdasarkan mekanisme APM secara berperingkat bermula Januari 2020
    • Terdapat 2 kategori kelayakan di bawah program ini iaitu penerima BSH dan bukan penerima BSH
    • Para Penerima BSH yang menepati kriteria kelayakan program ini akan menerima bayaran sejumlah RM30 sebulan (kereta) dan sejumlah RM12 sebulan (motor) secara tunai yang akan dikreditkan terus ke dalam bank akaun penerima pada setiap 4 bulan bermula April 2020
    • Bagi mereka yang bukan penerima BSH dan yang termasuk dalam kategori B40, Program KAD95 akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020
    • Setiap Penerima program KAD95 ini akan menikmati subsidi petrol sebanyak 30sen/liter dimana ia adalah terhad kepada 100 liter sebulan (kereta) dan 40 liter sebulan (motor). Kereta mewah adalah tidak layak untuk menikmati subsidi ini.
    • Tiada subsidi akan diberikan sekiranya harga pasaran RON95 adalah kurang daripada harga RM2.08 seliter. Pemandu di Sabah dan Sarawak akan kekal menikmati subsidi petrol secara pukal pada harga siling iaitu sejumlah RM2.08/liter bagi RON95 dan sejumlah RM2.18/liter bagi diesel

6. Bonus Bayaran Khas Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan

Di bawah adalah insentif penjawat perkhidmatan awam:

    • Bantuan khas sejumlah RM500 kepada penjawat awam yang bergred 56 dan ke bawah. Pesara kerajaan dan veteran yang tidak berpecen akan menerima bantuan khas sejumlah RM250.
    • Kesemua bantuan Bayaran Khas Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan ini akan diberikan sebelum akhir tahun

belanjawan 2022 malaysia

Di bawah pula adalah senarai insentif penjawat perkhidmatan awam

7. Penambahbaikan Perkhidmatan Awam

    • Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sejumlah RM50 sebulan khusus kepada kumpulan pelaksana
    • Penebusan awal penggantian cuti rehat sebanyak 75 hari kepada ganjaran wang tunai
    • Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok sejumlah RM100 ribu diberikan secara percuma kepada peminjam perumahan baharu LPPSA
    • Waris kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberikan faedah ex-gratia kematian sejumlah RM150 ribu
    • Anggota RELA akan menikmati kenaikan elaun sejumlah RM2 sejam bermula 1 Januari 2020
    • Anggota BOMBA akan menerima elaun khas sejumlah RM200 sebulan bagi tahun 2020
    • Para Tentera khususnya kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia akan menerima bayaran khas sejumlah RM 500

8. Cuti

Untuk Cuti bersalin pula, kandungan pembentangan adalah:

    • Cuti bersalin akan dinaikkan dari 60 hari kepada 90 hari berkuatkuasa pada tahun 2021

Untuk pembentangan Gaji Minimum pula adalah sepeti di bawah:

    • Gaji minimum akan dinaikkan dari RM1,100 kepada RM1,200 di bandar-bandar utama

9. Inisiatif Rumah Mampu Milik

Terdapat tiga inisiatif untuk rumah mampu milik dalam kandungan pembentangan bajet 2022 seperti berikut:

  • Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki (Rent To Own -RTO)
      • Pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun bagi pembelian rumah pertama di bawah RM500 ribu
      • Selepas tempoh setahun tamat, pemohon akan diminta untuk membuat pilihan samada mahu terus menyewa atau membeli kediaman pada harga yang ditetapkan dalam perjanjian
      • Menariknya, cukai duti setem akan dikecualian bagi skim ini
  • Skim Perumahan Belia
      • ● Mulai 1 Januari 2020 sehinggan 31 Disember 2021, jaminan pinjamab sebanyak 10% melalui Cagamas bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh serta bantuan ansuran bulanan sebanyak RM 200 sebulan bagi 2 tahun pertama (terhad kepada 10 ribu unit rumah)
      • Dana Rumah Mampu Milik BNM
        ● Sejak 1 September 2019, kriteria kelayakan Dana Rumah Mampu Milik BNM bagi golongnan berpendapatan rendah yang ingin membeli rumah pertama pada kadar faedah pinjaman sehingga 3.5% telah dipertingkat dengan penetapan nilai hartanah sehingga kepada RM 300 ribu isi rumah berpendapatan maksimum RM 4,360 sebulan.
  • Kempen Pemilikan Rumah
      • ● Pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10% atas nilai hartanah dan pengecualian cukai duti setem bagi rumah pertama. Tarikh akhir kempen ini adalah sehingga 31 Disember 2019

10. Inisiatif Malaysia Kerja

Terdapat tiga kategori bagi Inisiatif Malaysia kerja iaitu :

  • Graduan Kerja
      • Diwujudkan bagi pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan
      • Graduan yang diterima bekerja akan menerima insentif gaji sejumlah RM500 sebulan selama dua tahun
      • Majikan yang mengambil graduan yang menganggur melebihi 12 bulan bekerja akan menerima insentif sejumlah RM300 sebulan selama dua tahun
  • Wanita Kerja
      • Diwujudkan bagi wanita yang telah berhenti kerja selama 12 bulan atau lebih dan berumur 30 hingga 50 tahun
      • Wanita yang kembali bekerja semula akan menerima insentif gaji sejumlah RM500 sebulan selama dua tahun
      • Majikan yang mengambil wanita yang kembali bekerja akan menerima insentif sejumlah RM300 sebulan selama dua tahun
      • Pengecualian cukai akan diberikan kepada wanita yang kembali bekerja sehingga tahun 2023
  • Watan Kerja
      • Diwujudkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah
      • Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan menerima insentif gaji sejumlah RM350 atau RM500 sebulan bergantung kepada sektor selama dua tahun
      • Majikan yang mengambil rakyat tempatan bagi menggantikan pekerja asing akan menerima insentif sejumlah RM250 sebulan selama dua tahun
  • Perantis Kerja
      • Diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai para belia untuk menyertai kursus TVET dengan pemberian elaun tambahan sejumlah RM100 sebulan

Nota : Insentif gaji ini akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP penerima kecuali bagi program Perantis Kerja

11. Elaun-elaun Kerajaan

Bagi elaun-elaun pula, kandungan pembentangan adalah seperti di bawah:

    • Elaun sara hidup nelayan akan dipertingkatkan daripada RM50 kepada RM250 sebulan
    • Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)
      • Elaun guru KAFA akan dinaikkan kepada RM100 sebulan
    • Bantuan Khas Imam/Bilal/Tok Siak/Noja/Merbot dan Guru Takmir
      • Bayaran one-off sebanyak RM 500 akan diberikan kepada setiap Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Merbot dan Guru Takmir yang berdaftar

11. Rangsangan Digital (E-Wallet)

Rangsangan secara one-off sejumlah RM30 akan diberikan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM 100 ribu setahun. Ianya boleh ditebus dan digunakan bermula 1 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020

12. Pas Mutiara

Pihak Kerajaan telah memwujudkan Pas Mutiara di Pulau Pinang dengan bayaran sebanyak RM50 sebulan bagi memberikan perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan Rapid Bus dan Rapid Ferry

13. Insentif Kesuburan

Pihak KWSP akan memwujudkan kategori pengeluaran baru bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan contohnya IVF

14. i-Suri KWSP

Program i-Suri ini akan ditambahbaik dengan membolehkan suami menyumbang secara sukarela sebanyak 2% daripada 11% caruman ke akaun KWSP isteri

Baca Juga: Program Subsidi Upah 4.0 : Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Untuk Pekerja

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress