Senarai Bantuan Ini Akan Diumum Dalam Belanjawan 2022 Esok. Semak Sekarang!

Senarai Bantuan Ini Akan Diumum Dalam Belanjawan 2022 Esok. Semak Sekarang!

Lazimnya setiap tahun, kerajaan akan membentangkan bajet dan belanjawan tentang suasana ekonomi bagaimana yang sesuai dengan tahun hadapan. Segala rancangan ekonomi dirancang teliti dan diukur mengikut keadaan semasa.

Ini termasuklah perihal ekonomi negara dan juga rakyat. Senario negara hari ni sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan supaya dapat mengikut keperluan utama.

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz iaitu Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2022 pada hari Jumaat ini bersamaan dengan 29 Oktober 2021.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan tentang  program bantuan seperti BKP,BKC atau GKP akan tetap diteruskan untuk pemulihan panjang pandemik dalam sektor kesihatan awam dan struktur ekonomi.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Matlamat Bajet 2022

Bantuan yang jadi perhatian ialah perumahan mampu milik, biayaan sara hidup dan lain-lain.

Kerajaan akan fokus pada 3M iaitu :

    • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
    • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
    • Memangkin Pembaharuan

Bajet 2022 juga dijangka memperuntukkan jumlah yang lebih tinggi  berbanding tahun Bajet 2021.

Senarai Bantuan Yang Akan Diumum Dalam Belanjawan 2022

    • Geran Khas Prihatin 4.0
    • BKP (Bantuan Kehilangan Pendapatan)
    • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
    • Program Jaringan Prihatin B40
    • eBelia PEMERKASA : Kredit RM150 eWallet
    • SIP Prihatin

dan pelbagai lagi jenis bantuan dan skim.

Kenyataan Pra–Bajet Pertama Negara Meningkatkan Ketelusan dan Keterangkuman Melalui Proses Penyediaan Bajet

Sebagai salah satu usaha menambah baik proses penyediaan bajet tahunan, Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju untuk menerbitkan Kenyataan Pra-Bajet (KPB) bagi Bajet 2022. Ini merupakan KPB yang pertama di dalam sejarah tanah air.

Langkah ini bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan, serta membina keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara, terutamanya dalam kalangan pelabur.

Melalui penerbitan KPB, rakyat berpeluang meneliti beberapa penanda aras termasuk:

    1. Tinjauan ekonomi berdasarkan kepada senario ekonomi global, semakan ke atas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar dan unjuran ekonomi bagi tahun 2022 serta sasaran fiskal untuk 2021/2022;
    2. Status prestasi hasil percukaian dan inisiatif cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2021. Dokumen KPB juga meliputi pengurusan ketirisan hasil, komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa serta strategi meningkatkan hasil dan memantapkan sistem percukaian; dan
    3. Status perbelanjaan 2021 dan faktor-faktor dalam mengoptimum dan mengawal perbelanjaan.

KPB juga memberi gambaran awal berkenaan hala tuju, pendekatan yang diambil serta manfaat yang bakal dinikmati daripada Bajet 2022, yang akan dirangka berdasarkan matlamat berikut:

    • Melindungi dan memulihkan kehidupan serta mata pencarian: Bajet 2022 akan meneruskan usaha pemulihan dalam memastikan negara berjaya keluar daripada kemelut pandemik COVID-19, serta meneruskan agenda memulih kehidupan dan sektor ekonomi yang terjejas pasca-pandemik. Usaha juga akan digembleng bagi membantu golongan rentan dan mencipta peluang pekerjaan baharu;
    • Membina semula daya ketahanan negara: Bajet 2022 akan memberi penekanan kepada usaha untuk membina semula daya ketahanan sistem kesihatan negara, mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi terutamanya dalam sektor pendidikan dan menyediakan keperluan untuk negara beralih kepada sektor industri yang mempunyai produktiviti tinggi berasaskan teknologi automasi dan kemahiran tinggi.
    • Memangkin pembaharuan: Bajet 2022 akan memastikan langkah pembaharuan dilaksanakan dengan memberi penumpuan kepada pencapaian Sustainable Development Goals (SDG), RMKe-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

MOF yakin bahawa penerbitan KPB akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz
Menteri Kewangan
31 Ogos 2021

Maklumat Lanjut 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, ikuti Pembentangan Bajet 2022 pada hari Jumaat ini, 29 Oktober 2021

Saluran yang boleh ditonton ialah:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress