Skim MyezyCover: Beli Insurans Kenderaan Secara Ansuran
Untuk pengetahuan anda yang mungkin masih belum tahu, Penjawat awam kini terutama daripada golongan B40 mendapat keistimewaan dalam pembelian insurans kenderaan secara ansuran melalui Skim MyezyCover yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Skim MyezyCover adalah satu skim takaful (insurans) kenderaan secara ansuran patuh syariah tanpa sebarang faedah yang diwujudkan oleh pihak kerajaan kepada penjawat awam dan B40 untuk membeli insurans kenderaan dengan tujuan membantu penjawat awam menguruskan pegangan tunai untuk digunakan pada perbelanjaan yang lebih diperlukan secara terancang.
Skim patuh syariah ini dilaksanakan dengan pembiayaian RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).
Kadar Ansuran
Penjawat awam ditawarkan untuk membayar insurans kenderaan secara ansuran dalam tempoh 10 bulan serendah RM50. Penjawat awam juga boleh membayar insurans kenderaan secara ansuran tersebut secara potongan gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Sasaran Skim
Skim MyezyCover disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40 di peringkat awal ini.
Skim ini akan diperluaskan lagi kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta agar mereka juga boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.
Pembelian Insurans
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membeli insurans kenderaan menggunakan Skim MyezyCover:
-
- Sila layari laman web https://www.myezycover.com/
- Sila tekan butang ‘Sign Up’
- Sila isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang ‘Sign Up’
- Sila Log masuk dengan memasukkan email dan kemudian tekan butang ‘Login’
- Sila bandingkan insurans yang ingin diambil.
- Sila lakukan pembayaran untuk insurans yang anda pilih.
Dengan MyEzyCover.com, pembaharuan polisi boleh dilakukan melalui dalam talian oleh itu ia sangat mudah, menjimatkan banyak masa dan kos. Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan tersedia untuk semua kakitangan kerajaan dengan tawaran ansuran pinjaman sehingga 10 bulan tanpa faedah.
Soalan Lazim
-
- Adakah skim MyezyCover patuh syariah?
Skim MyEzyCover adalah produk takaful Patuh Syariah untuk kakitangan kerajaan. - Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan MyEzyCover?
Rakyat Malaysia khususnya penjawat awam yang mempunyai lesen memandu JPJ yang sah. - Bagaimanakah cara melakukan pemilihan padanan sebut harga yang sesuai?
Pengguna mempunyai beberapa pilihan daripada semua syarikat insurans dan Takaful yang mengambil bahagian dalam MyezyCover dimana mereka boleh melakukan semakan dan membuat perbandingan kesemua ciri dan kriteria yang ditawarkan termasuklah faedah asas dan juga tambahan yang telah ditawarkan oleh penyedia insurans dan takaful yang berbeza.
- Adakah skim MyezyCover patuh syariah?
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Skim MyEzyCover, sila layari laman web MyEzyCover dengan menekan pakada pautan KLIK DI SINI