Beli Rumah Sendiri 2021 Dengan Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji

Berita Menarik! Tahukah anda yang anda kini mampu untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan?

Apa yang menarik, pemohon yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan seperti mereka yang bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am masih berpeluang untuk memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP ini.

Pihak Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP melalui peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

Baca Juga: Beli Insurans Kenderaan Secara Ansuran Menerusi Skim MyezyCover

SJKP 2021

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Tujuan penubuhan SJKP Berhad adalah untuk mengatasi masalah kesusahan hidup yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap contohnya para petani, nelayan dan para peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman.

Skim ini terbuka kepada kesemua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP adalah sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Langkah Permohonan

Sila rujuk langkah-langkah proses pemohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP seperti di bawah:

    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
    2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan. Lesen perniagaan, Kad pendaftaran nelayan atau geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
    4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Institusi Kewangan Yang Terlibat

Antara institusi kewangan yang terlibat adalah:

    • Affin Bank
    • Affin Islamic
    • Agro Bank
    • Alliance Bank
    • Alliance Islamic Bank
    • AmBank Group
    • AmIslamic Bank
    • Bank Islam
    • BSNBank Rakyat
    • Hong Leong Bank
    • Hong Leong Islamic Bank
    • Maybank
    • Maybank Islamic
    • Bank Muamalat

NOTA PENTING: Permohonan hendaklah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Kriteria Dan Syarat Kelayakan

    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Berpendapatan tidak tetap seperti para peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
    • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
    • Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
    • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
    • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20KM daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dilakukan.
    • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar.
    • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
    • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang terlibat seperti yang telah dinyatakan di atas yang berhampiran dengan anda.

Jom tonton video dari Youtube OnviralĀ 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress