Belum Mempunyai Rezeki Cahaya Mata, Pasangan Suami Isteri Berkongsi Kasih Sayang Dengan Kucing “OKU” Dari Jalanan

Pertemuan seorang pemuda dengan seekor kucing yang dalam kesakitan umpama telah ditakdirkan. Bayangkan keadaan seekor kucing yang terpaksa berjalan mengesot dan menahan kesakitan, merayu simpati serta perhatian manusia yang lalu berhadapan pasangan tersebut.

Kesakitan serta kecederaan parah yang dialami menyebabkan kucing tersebut gagal mengawal pundi kencingnya, mengakibatkan dirinya basah dengan air kencing sendiri.

Ahmad Rashid terdahulu berkongsi video Bubu yang gembira berjalan degan bantuan ‘Kerusi Roda’ yang dibinanya.

“Harini tak sepahkan apa-apa, kacau merpati makan je”

“Tumpang lalu, kucing kurang upaya nak tumpang jalan sikit,” tulisnya di dalam group Kucing Sepahkan Hari Ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Ahmad Rashid , Bubu yang merupakan seekor kucing jantan dijumpainya di bawah flat tempat tinggalnya di Petaling Jaya, Selangor.

“Saya jumpa Bubu pada bulan Mei haritu, masa tu dia tak la kecil sangat”

“Keadaan Bubu masa tu memang menyedihkan, dia mengesot kat bawah rumah sambil terkencing-kencing”,

“Memang kesian sangat masa tu dia macam merayu minta orang bawak pergi klinik untuk dapatkan rawatan atas kesakitan dia”, katanya.

Ahmad Rashid yang bekerja sebagai pentadbir keselamatan berkata, Bubu disahkan patah tulang di beberapa bahagian di bawah badannya.

Jelasnya, Bubu terpaksa menjalani rawatan untuk merawat tulang belakangnya yang menelan belanja lebih RM3000.

“Tak pasti kenapa tulang belakangnya patah, mungkin sebab ada orang buangnya dari atas atau jatuh, mungkin juga kena pukul”

“Tapi kecederaan yang dialami menyebabkan Bubu tidak boleh bangun”, Jelasnya, tambahnya lagi Bubu semakin pulih

Selain Bubu dia juga ada membela seekor kucing yang diberi nama Tam.

Walaupun dengan kecacatan yang dialaminya, Bubu masih tetap aktif sepertii kucing biasa yang lain serta mempunyai keinginan keluar rumah untuk bermain.

“Setiap hari dia akan tengok je abang dia main melalui tingkap, jalan-jalan kat luar”, katanya.

Ahmad Rashid yang bersimpati dengan Bubu kemudiannya mendapat idea untuk membina alat sokongan bagi membolehkan Bubu bergerak.

“Dia selalu merayu tak boleh keluar, jadi saya buat alat bantuan untuknya berjalan untuk mudah bawanya keluar”,

“Saya dapat ilham dari Lazada jadi saya modify sikit-sikit, rakan-rakan dalam Group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini pun banyak idea”, jelasnya.

Ahmad Rashid yang masih belum dikurniakan cahaya mata berkata Bubu memang manja dengan dirnya dan juga isterinya , Mazatul Hitiah Adnan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress