Benda yang paling sukar ditemui ini membuat kehidupan seorang pemuda berubah serta merta

Seorang pemuda tidak sangka bahawa tuah nasinya apabila beliau menjumpai mutiara yang paling jarang ditemui dalam anggaran 250,000 Pound Sterling bersamaan dengan RM 1,397,860.00 dan beratnya 7.68 gram.

Semuanya terjadi apabila pemuda ini atau namanya Hatachi Niyomdecha berjalan bersama ahli keluarganya di pantai dan terlihat sebuah pelampung hanyut berhampiran dengan pantai wilayah Si Thammarat.

Beliau yang berumur 37 tahun itu membawa pulang ke rumah untuk mengetahui isi dalamnya selepas mendapati ada 3 cengkerang tersangkut padanya. Hatachi serta adiknya membawa cengkerang tersebut kepada bapa mereka, Bangmad yang berusia 60 tahun, dan kemudian membersihkan sebelum menjumpai mutiara tersebut.

Mutiara tersebut dikenali sebagai oren Melo dan antara yang paling jarang ditemui. Mutiara Melo merupakan satu spesies mutiara yang tak boleh di biak seperti mutiara lain. Ia juga dipercayai hanya boleh dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis siput laut yang bernama Melo Melo spesies Volutidae. Sebab itu ia jarang dijumpai dah membuatkan harganya sangat lumayan.

Hatachai dan isterinya merancang menjual mutiara itu dengan nilai tinggi dan mengesahkan sudah ada senarai pembeli yang berminat.

“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu tidak akan mengubah hidup saya, tetapi nasib saya.

“Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan lebih baik,” katanya.

 

 

 

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress