Beralih Bidang, Pilot Tidak Putus Asa Cari Rezeki

Kapten Izzat Hakimi Izham Nawi, 30, merupakan seorang juruterbang (pilot) yang menerbangkan pesawat komersial membawa penumpang ke mana-mana lokasi domestik pada masa tugasnya dijadualkan. Akan tetapi dia akan bertukar tugas daripada seorang ‘pilot’ kepada sorang pemandu lori membawa muatan perabot ke seluruh Semenanjung pada hari lainnya.

Begitulah rutin yang dijalani oleh Izzat sejak Mac tahun lalu apabila pendapatannya sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan telah berkurangan sehingga 80 peratus akibat daripada kesan pandemik Covid-19.

“Sejak penularan wabak Covid-19, gaji harian yang diterima sebagai pilot telah berkurang sehingga 80 peratus kerana syarikat penerbangan amat terjejas teruk.

“Sebelum menjadi pilot lori, seminggu saya ‘terduduk’ dan bersedih di atas apa yang berlaku. Saya kemudiannya bangkit kerana mahu mengubah nasib diri,” kata izzat.

Pada mulanya dia menjadi penghantar makanan tetapi berhenti selepas seminggu kerana pekerjaaan itu dirasakan tidak berapa serasi dengannya. Sepanjang bekerja sebagai penghantar makanan, telah berlaku tiga kes kematian yang mengakibatkan kemalangan jalan raya dimana kejadian tersebut membabitkan penghantar makanan jadi ini sekaligus membuatkan izzat merasa bimbang.

Bermula dari situ, dia telah membuat keuputusan untuk beralih dari penghantar makanan ke penghantar perabot dimana di peringkat awalnya, izzat hanya menghantar perabot dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda miliknya.

“Saya melakukan pekerjaan ini secara bersendirian namun ada ketikanya, terpaksa meminta bantuan pelanggan jika perlu mengangkat perabot bersaiz besar.

“Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah berbuka puasa di jalan raya sepanjang Ramadan lalu dan bekerja sehingga jam 4 pagi pada malam Aidilfitri,” katanya yang
berasal dari Shah Alam, Selangor.

Perkhidmatan penghantaran barang yang dilakukannya mendapat sambutan amat menggalakkan sebelum dia mengambil langkah mengembangkan lagi perniagaan itu dengan membeli sebuah lori tiga tan bagi membolehkan dia membuat penghantaran dalam kuantiti lebih banyak. Menurut abapa kepada tiga cahaya mata ini lagi, walaupun sudah membeli lori baharu, dia masih lagi tidak menang tangan menguruskan tigas dan pesanan pelanggan.

“Kini saya dibantu lima rakan yang ada di antaranya masih bertug4s sebagai juruterbang selain ada yang diberhentikan sebagai rakan kongsi perniagaan,” kata izzat mengakui amat gembira kerana ini secara tidak langsung akan dapat membantu rakan seangkatan yang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid19.

“Walaupun upah atau gaji yang dibayar mungkin tidak sama sebagai juruterbang namun ia cukup untuk membeli barangan keperluan harian untuk anak serta keluarga,” kata izzat lagi sambil mengakui yang walaupun rutin hidupnya sudah berubah dimana dia  lebih banyak berada di atas jalanraya dan pulang bekerja awal pagi, dia cukup bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk menyara keluarganya.

Menurut Izzat lagi, dia akan meneruskan dan memajukan lagi perniagaan berkenaan walaupun jika sektor penerbangan negara kembali pulih nanti. Ini kerana dia telah bertekad mahu menaikkan serta mengembangkan jenama Pok Jak Transporter & Services yang dibina.

“Saya tidak pernah malu menjadi pemandu lori yang memakai baju-T sebagai uniform rasmi harian.
“Saya juga tidak kekok dengan pekerjaan ini. Ada pelanggan mengetahui latar belakang saya sebagai juruterbang dan mereka gembira dengan usaha ini,” jelas izzat mengakhiri perbualan.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress