Berguling2 nak durian, Oyen buat hal cuit hati ramai- “Sah baka Malaysia…”

Buah durian sememangnya menjadi antara buah kegemaran apabila keenakan buah tersebut tidak dapat disangkalkan lagi tetapi bagaimana pula dengan kisah kucing yang juga sukakan buah durian.

Rasanya sudah banyak kali kita mendengar kisah kucing yang makan raja buah itu namun kebanyakan yang memelihara kucing lebih melihat si comel itu gemar menikmati ikan berbanding buah-buahan.

Sebaliknya itu juga berlaku kepada dua ekor kucing milik seorang pengguna aplikasi TikTok ini apabila tidak sabar untuk diberikan buah durian itu yang nampaknya cukup mengemari buah tersebut.

“Kisah budak gila durian. Berguling guling nak durian…”


Menerusi perkongsian video yang dimuat naik pengguna TikTok Cikocikitheoyen memaparkan dua ekor kucing Oren atau lebih mesra dengan panggilan Oyen yang gelabah apabila melihat satu bekas berisi isi durian.

Perkara itu mengundang dua ekor Oyen ini melakukan pelbagai aksi lucu kerana tidak sabar untuk menikmatinya dan momen itu sempat dirakam pemiliknya.

Ternyata gelagat Oyen itu dibanjiri dengan ratusan komen warganet yang ada antaranya juga mengakui kucing mereka juga seperti itu.

Dalam pada masa yang sama, warganet juga sempat berseloroh mengenai gelagat kucing Oyen mahukan durian itu dalam video tersebut.

“Bersungguh-sungguh tu dia nak bukak… ngidam sungguh tu”

“Sama macam kucing kita, sebijik hadap sekor”

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress