“Moga Ebit Lew Ada Hospital Sendiri..Siapa Tahu” – Fedtri Yahya

Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew adalah satu nama yang sudah tidak asing sebagai seorang pendakwah dan dermawan yang sentiasa memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Sikapnya yang amat pemurah dan tidak berkira amat menyentuh hati semua orang.

Ustaz Ebit Lew, Pendakwah Terkenal Malaysia

Selain berdakwah, beliau juga merupakan seorang usahawan yang memiliki pasar raya sendiri yang bernaung di bawah label Elewsmart yang kini telah memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Pendakwah popular itu baru-baru ini telah memuat naik sebuah posting  dengan perkongsian tentang pembukaan cawangan pasar raya tersebut yang bertempat di Danau Kota, Setapak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulis Ebit pada ruangan kapsyen.

Membaca sedikit ke dalam ruang komen, didapati ramai orang yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan setelah beliau memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan susah dan yang amat memerlukan bantuan serta pertolongan.

“Harap ada hospital sendiri satu hari nantim siapa tahu”, Komen Fedtri
Selain itu,  Fedtri Yahya iaitu seorang personaliti televisyen turut meninggalkan komen pada posting Ebit tersebut. Dia menyatakan harapan supaya suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula, siapa tahu ia menjadi kenyataan.

“Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri. Siapa tahu”

 

“Semoga dipermudahkan urusan”

 

“Semoga sentiasa dimurahkan rezeki”

 

Warganet menggambarkan Ebit seperti seorang ‘HERO’ apabila sering menjadi individu paling awal menghulurkan bantuan kemanusiaan sekiranya ada golongan miskin dan daif serta fakir yang amat memerlukan bantuan yang kemudiannya dengan sekelip mata menjadi tular di media sosial.

Sumber: Instagram Ebit Lew

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress