Berjalan Kena Berpapah, Kesihatan Pak Lan Semakin Merosot

Pelakon veteran, Roslan Salleh, yang telah disahkan menghidapi penyakit diabetis atau kencing manis, tekanan darah rendah dan beberapa lagi sejak 10 tahun lalu, mengakui yang tenaga serta kudratnya sudah tidak lagi sekuat dulu setelah meniti usia emasnya.

Beliau yang pernah membintangi filem Munafik 2 iniĀ  pernah tular dengan perniagaan daging dendeng dan sambal bilis sebagai sumber pendapatan selepas tidak lagi aktif berlakon.

Tiada Lagi Kudrat Seperti Dulu

Keadaan kesihatan pelakon berusia 63 tahun ini dilihat semakin merosot sehinggakan beliau perlu dipimpin atau berpapah jika hendak berjalan, memandang dia mudah berasa penat jika berdiri terlalu lama atau terlalu banyak pergerakan

Bersara Dari Berlakon

Roslan yang mesra disapa Pak Lan sebenarnya sudah tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan. Meskipun begitu masih terdapat tawaran yang diberikan kepadanya namun terpaksa ditolak atas sebab faktor kesihatan yang tidak menentu serta tidak mengizinkan.

Perniagaan daging dendeng dan sambal bilis yang dibina telah diserah dan dipertanggungjawabkan kepada anak bongsunya untuk disambung serta diusahakan bagi kestabilan hidup.Selain itu, Roslan juga memberitahu yang ada juga pihak Seniman datang menghulurkan bantuan dan sekiranya ada yang sudi menolong dia tetap akan menerima dengan hati terbuka, akan tetapi dia tidak suka meminta-minta.

Mari kita sama-sama berdoa dan berharap semoga tahap kesihatan Pak Lan beransur pulih dan sihat.

Jom tonton video dari Youtube OnviralĀ 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress