“Bibir Munggil Macam Umi” , Comel.! Neelofa Mula Tayang Gambar Bilal

Siapa je yang tidak teruja untuk melihat wajah comel Bilal anak kepada usahawan,pelakon dan pengacara Neelofa yang kini hampir tamat tempoh berpantang. Neelofa yang selamat melahirkan Bilal anak sulungnya pada 29 Januari lalu di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Ternanti-nanti kemunculan Bilal di Insta Story Uminya, Neelofa dikatakan ada memuat naik wajah Bilal akan tetapi hanyalah sipi-sipi sahaja bila dan tidak sepenuhnya.

Tulis Neelofa melalui salah satu entrinya, biarpun duduk serumah dan sentiasa ada namun rindunya pada Bilal takkan pernah padam.

“Duduk satu rumah pun boleh rindu dekat budak kecik ni,” tulisnya.

Menerusi entri berlainan pula, Neelofa turut berkongsi sekeping gambar Bilal yang dilonggarkan bedungnya. Sudah semakin membesar dan berisi. Comel!

“Bedung ala-ala.

“Masyallah geramlah dengan Bilal ni,” kata Neelofa.

Menurut warganet lagi , Bilal dikatakan memiliki bibir mungil seperti ibunya malah memiliki kulit putih melepak seperti Abah dan Uminya.

“Yeay lofa dah tunjuk sikit… bibir Bilal.”

“Mesti handsome macam abahnya..”

“Masya Allah comelnya, mix ummi abah, putih merah, pipi bam bam, mulut mungil, dagu tu nampak macam abah dialah.”

“Mulut macam mulut ummie lah. Comel walaupun nampak sipi-sipi je…”

Apapun , kita mendoakan Bilal sentiasa sihat dan membesar dengan baik .-onviral

Untuk info, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress