Bil Melambung? Tamatkan Servis Astro Dengan Online!

Bil Melambung? Tamatkan Servis Astro Dengan Online!

Semakin lama, bil Astro semakin melambung. Apatah lagi dengan caj untuk channel sukan. Sekarang, rasa ingin tamatkan perkhidmatan Astro. Ada segelintir yang mengatakan jika tidak menamatkan servis Astro dengan cara yang betul, bil akan tetap dihantar walaupun telah berhenti melanggan akaun Astro Malaysia.

Terdapat 2 Cara Untuk Terminate Perkhidmatan Astro :

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Cara Pertama: Terminate Melalui Panggilan ke Customer Service Center

Cara paling pantas dan mudah adalah membuat sendiri panggilan ke Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.

  1. Dail nombor ini 03-9543-3838
  2. Setelah berjaya bercakap dengan operator, sila ikuti langkah-langkah berikut:
    • Semak baki kontrak akaun ASTRO anda
    • Semak baki bayaran bil ASTRO anda
    • Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya
    • Semak status kontrak sama ada masih dalam kontrak atau tidak
    • Jelaskan baki bil anda (jika ada)
  3. Maklumkan kepada pihak operator hasrat anda untuk menamatkan langganan akaun
  4. Selepas itu tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
  5. Sekiranya selepas 24 jam akaun anda belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak ASTRO semula untuk semakan semula status

Cara Kedua:  Terminate ASTRO Melalui Emel

Penamatan langgan Astro juga boleh dibuat melalui emel. Anda tak perlu risau kerana ia amat mudah akan tetapi haruslah kemas dan bersifat professional. Sebelum menghantar emel, pastikan segala butiran-butiran penting seperti berikut ada dalam isi kandungan emel:

  1. Alamat emel: wecare@astro.com.my
  2. Subjek emel: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
  3. Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
    • “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
  4. Sertakan butiran akaun ASTRO anda
    • Nama pemilik akaun
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor akaun ASTRO
    • Alamat
    • No telefon
  5. Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera

*Penghantaran emel secara professional adalah disarankan agar makluman tentang permintaan kita tidak melanggar etika dan supaya lebih sopan untuk dibaca.

Adakah Perlu Untuk Menamatkan Servis Astro?

Menggunakan perkhidmatan ini adalah sama sekali bukan bertujuan sebagai keperluan hidup, akan tetapi berfungsi sebagai hiburan individu atau sekeluarga dalam kehidupan sehariaan. Bergantung kepada pilihan kita sama ada ini sebahagian dari pilihan kita untuk berhibur. Jika tidak , diluar sana terdapat pelbagai variasi online platform sebagai contohnya Disney+, Viu, Netflix dan lain-lain yang jauh lebih murah dan boleh diakses dimana mana.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan untuk terminate ASTRO, boleh layari halaman FAQ ASTRO

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress