Bina Rumah Atas Tanah Milik Sendiri | Rumah Mesra Rakyat

Bina Rumah Atas Tanah Milik Sendiri | Rumah Mesra Rakyat

Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Selari dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB telah diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Program RMR diwujudkan khas untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah yang mana boleh dibina rumah sendiri yang sempurna dan selesa di atasnya.

Bantuan ini diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan dengan kadar sehingga RM20,000. Pembinaan rumah pula telah ditetapkan mengikut spesifikasi.

Berapa Harga & Reka Bentuk RMR?

Harga untuk setiap tempat adalah berbeza tetapi spesifikasi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Sila rujuk harga RMR mengikut tempat seperti di bawah:

Rumah Mesra Rakyat RMR

    1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
      • Harga: RM75,000\
      • Subsidi pembinaan: RM20,000
      • Jumlah Pinjaman: RM55,000
      • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300
    2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
      • Harga: RM85,000
      • Subsidi Pembinaan: RM20,000
      • Jumlah Pinjaman: RM65,000
      • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350
    3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)
      • Harga: RM75,000 – RM106,000
      • Subsidi pembinaan: RM20,000
      • Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500
      • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

Rumah Mesra Rakyat RMR

Apakah Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat ?

    • Warganegara Malaysia
    • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
    • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
    • Pemohon dan pasangan hendaklah tidak memiliki rumah sendiri ATAU memiliki rumah usang / tidak sempurna
    • Tapak / tanah adalah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah jadi pemohon mestilah mendapatkan kebenaran  daripada pemilik tanah terlebih dahulu
    • Keluasan tanah adalah tidak kurang dariada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk)

Apakah Langkah Memohon Rumah Mesra Rakyat RMR?

Permohonan Secara Online

    1. Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/
    2. Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
    3. Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan di hantar ke emel yang didaftar
    4. Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan
    5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
    6. Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
    7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

Permohonan Secara Manual

    1. Pemohon boleh mendapatkan Borang permohonan di Cawangan SPNB
    2. Sila hantar kembali kepada SPNB setelah permohonan beserta dokumen sokongan sudah dilengkapkan

Apakah Dokumen Yang Diperlukan?

Sila rujuk dokumen yang perlu dibawa ketika menghantar borang permohonan RMR seperti di bawah:

    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
    • Salinan kad pengenalan tuan tanah
    • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
    • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
    • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
    • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
    • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
    • Salinan sijil nikah pemohon
    • Borang laporan tapak bergambar

PENTING!

Sila ambil perhatian bahawa Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang hendaklah disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

Pihak SPNB berhak untuk meminta dan mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan Permohonan

Maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon RMR adalah bertanggungjawab untuk melakukan perkara di bawah untuk permohonan

    • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
    • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
    • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
    • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
    • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, sila layari Laman web SPNB KLIK DISINI  ATAU anda boleh menghubungi ibu pejabat SPNB dan Cawangan:

Ibu Pejabat

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

Senarai Cawangan

    • Cawangan Kedah
      No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
      Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
      Faks: 04-4500379
      Emel: spnb_semeling@spnb.com.my
    • Cawangan Melaka
      No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
      Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
      Faks: 06-3369753
      Emel: spnb_melaka@spnb.com.my
    • Cawangan Negeri Sembilan
      No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
      Seremban, Negeri Sembilan
      Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
      Faks: 06-601 3507
    • Cawangan Terengganu
      No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
      Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
      Faks: 09-6627312
      Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my
    • Cawangan Perak
      No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
      Tel: 05-5264188 / 05-5263876
      Faks: 05-5264319
      E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my
    • Cawangan Pahang
      A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
      Tel: 09-573 3222
      Faks: 09-573 3666
      E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
    • Cawangan Johor
      Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
      Tel: 07-2259900 / 07-2259911
      Faks: 07-2223233
      E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my
    • Cawangan Kelantan
      No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
      Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
      Faks: 09-7885545
      E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my
    • Cawangan Sarawak
      Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
      93050 Kuching, Sarawak.
      Tel: 082-230032 / 082-240032
      Faks: 082-230055
      E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
    • Cawangan Sabah
      Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
      Tel: 088-791610 / 088-791612
      Faks: 088-791613
      E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress