Bantuan Khas Covid-19 (BKC) seperti yang dijanjikan kerajaan sebelum ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang sepatutnya diagihkan pada Ogos, akhirnya akan dikreditkan kepada penerima bermula 6 September.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu temubual bersama BERNAMA, mengemukakan bahawa bayaran Bantuan Khas Covid-19 akan mula dibayar secara berperingkat 6 September 2021 (Isnin) ini.
Beliau berkata, “Saya sentiasa peka keluh rakyat dan berharap agar bantuan BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat.
“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 billion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.
“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam satu kenyatan, pada Rabu.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Bantuan Khas Covid (BKC)
Untuk maklumat lanjut dan semak pembayaran BKC, sila klik di pautan berikut:
Tarikh Pembayaran BKC
Berikut merupakan tarikh baru rasmi yang telah diumumkan PM Ismail Sabri:
Fasa Pembayaran BKC
Kategori Miskin Tegar
-
- Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM1,300 iaitu RM500 (Fasa 1), RM500 (Fasa 2) dan RM300 (Fasa 3).
- Individu bujang / warga emas / sebatang kara kategori miskin akan menerima bantuan sebanyak RM500 iaitu RM200 (Fasa 1) dan RM300 (Fasa 2).
Kategori B40
-
- Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM800 iaitu RM500 (Fasa 1) dan RM300 (Fasa 2).
- Warga emas / sebatang kara kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 (Fasa 1).
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 (Fasa 1).
Kategori M40
-
- Isi rumah kategori M40 menikmati bantuan sebanyak RM250 (Fasa 1).
- Warga emas / sebatang kara kategori M40 menerima bantuan RM100 (Fasa 1).
- Bujang kategori M40 akan menerima bantuan RM100 (Fasa 1).
Kriteria kelayakan
-
- Penerima bagi miskin tegar dan B40 ialah bersandarkan semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu pendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.
- Golongan M40 pula layak menerima BKC sekiranya melaporkan cukai pendapatan, dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.
BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pemulih, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban anda semua. Sila SHARE & FORWARDKAN berita gembira ini kepada yang lain.