Untuk pengetahuan anda, nombor baucar ini untuk mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC. Terdapat penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan pengkreditan BKC serta terdapat penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun memiliki akaun bank.
Penebusan nombor baucar di bank merupakan satu cara untuk para penerima menebus Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
OnViral akan berkongsi kepada anda cara mudah untuk membuat penebusan nombor baucar.
Info Penting Nombor Baucar / Siri BKC
Untuk makluman, nombor baucar ini diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC atau tidak mempunyai akaun bank.
Nombor baucar ini hanya boleh ditunaikan di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dan yang paling penting, anda perlu membawa kad pengenalan ketika ingin ke mana-mana cawangan BSN bagi menebus BKC.
Baca Juga : BSN Login : Cara Daftar & Cara Menggunakan Akaun MyBSN
Penebusan Baucar BKC Melalui Wakil
Penebusan Baucar BKC boleh dilakukan melalui wakil yang telah didaftarkan dengan membawa dokumen tertentu ke BSN, antara dokumen tersebut:
-
- Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) penerima BKC
- Kad pengenalan / pasport asal wakil
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima BKC dan wakil (asal atau salinan)
Maklumat lanjut mengenai penebusan baucar melalui wakil, anda boleh KLIK SINI
Cara Semak Nombor Baucar BKC
-
- Buka laman web rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak
- Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan
- Pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian “No. Baucar” / Siri
- No Baucar akan dipaparkan dan akan ditunjukkan kepada pegawai BSN ketika membuat penebusan.
Info Tambahan Baucar BKC
Penerima boleh terus hadir ke Kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat..
Paling penting sekali ketika membuat penebusan, bawa kad pengenalan dan nombor siri / baucar.