BKC Fasa 2 Tahun 2021
Bantuan Khas Cov19 (BKC) ialah bantuan tunai daripada kerajaan khas untuk Miskin Tegar, B40 & M40 bagi kategori isi rumah dan bujang.
Semakan status kelulusan permohonan online dan login kini boleh dibuat.
Semakan BKC 2021
Bagi BKC Fasa 2, pembayaran akan dibuat pada bulan November 2021. Kebiasaanya akan diagihkan kepada yang layak pada akhir bulan tersebut.
Untuk pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 telahpun dilaksanakan pada 6 September hingga 9 September 2021 yang lalu.
Jadual & Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran Fasa 2 adalah pada bulan November 2021, manakala BKC Fasa 3 adalah pada bulan Disember 2021.
Jumlah pembayaran sila rujuk di bawah :
Cara Semak Permohonan Online
Semakan status BKC ini boleh dibuat secara dalam talian/online di Portal Rasmi BKC di
Mudah sahaja, hanya masukkan No. MyKad anda, serta KAPTCHA yang betul dan paparan semakan kelulusan anda akan dipaparkan.
Syarat Kelayakan Bantuan Khas Covid
Siapa yang sebenarnya layak menerima BKC ini? Kelayakan adalah berdasarkan kelayakan BPR 2021 & juga pembayaran cukai LHDN dengan kategori-kategori yang telah ditetapkan.
Untuk kriteria semakan kelayakan BKC anda boleh lihat rujukan gambarajah di bawah :
BKC Bujang
Tarih pembayaran fasa 2 untuk golongan bujang akan dibuat pada bulan November nanti.
Tetapi hanya untuk kategori bujang yang Miskin Tegar di mana jumlah pembayaran adalah sebanyak RM300.
FAQ Soalan Lazim
1. Cara Pembayaran BKC Fasa 2?
-
- Kaedah pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan ketika permohonan BPR 2021 atau yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.
2. Saya tak mohon BPR 2021, adakah saya boleh dapat BKC ini?
-
- Kalau anda tergolong dalam kategori data BPR & menepati syarat kelayakan, anda layak untuk dapat BKC.
3. Apakah alasan untuk saya tak dapat BKC?
-
- Antara alasannya adalah tiada maklumat anda dalam permohonan BPR 2021, anda merupakan penerima GKP, anda tidak menghantar borang Cukai Pendapatan.