BKC Fasa 2 : Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Semakan Status & Jumlah Bayaran Bagi BKC Fasa 2

Untuk makluman, pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa dimana pembayaran fasa 1 telah diberikan bermula 6 September 2021 yang lepas. Fasa 2 & Fasa 3 pula akan disalurkan pada bulan November & Disember tahun ini. Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Di bawah adalah kenyataan media yang dikeluarkan september lepas.

BKC Fasa 2

Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Di bawah merupakan jumlah bayaran yang akan diterima oleh mereka yang layak di setiap kategori pada Fasa 2:

Miskin Tegar

    • Isi Rumah – RM500
    • Warga Emas/ Tua Sebatang Kara – RM300
    • Bujang – RM300

B40

    • Isi Rumah – RM300

Baca juga: Cara Mohon Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja

Sila rujuk jadual pembayaran seperti berikut:

BKC Fasa 2

BKC Fasa 2

Sila rujuk maklumat di bawah untuk perincian jumlah bantuan BKC yang telah diumumkan:

    • Isi Rumah kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
    • Bujang kategori Miskin Tegar (individu) akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
    • Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
    • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
    • Isi rumah kategori M40 akan menerima bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

Langkah Membuat Semakan Status Bantuan BKC Fasa 2

Sila rujuk langkah dibawah untuk semakan status BKC:

    1. Sila buka laman web rasmi semakan KLIK DISINI
    2. Sila Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan (Sama seperti akaun BPR anda)
    3. Sila rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran

Baca juga: Cara Tutup Akaun ASTRO Tanpa Perlu Ke Kaunter

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BKC, sila tekan link ini KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress