BKM 2022 | Bantuan Tambahan RM500

Untuk makluman semua, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu dan dikhaskan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan Tambahan Untuk Bantuan BKM

Adakah anda tahu yang terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak. Sila rujuk maklumat di bawah untuk jumlah bantuan tambahan.

Baca Juga : Langkah Permohonan Pengeluaran KWSP RM10K Melalui Akaun 1 – Semak Kelayakan Anda!

Syarat Kelayakan

Sila rujuk syarat kelayakan di bawah untuk menerima bantuan tambahan BKM:

    • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
    • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

Kadar Bantuan Yang Akan Disalurkan

Jumlah bantuan BKM maksimum adalah:

    • RM2,000

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

    • RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat.
    • RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas.

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

    • RM2,500

Tarikh Pembayaran BKM

Setakat ini tiada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bilakah tarikh terperinci bantuan ini akan disalurkan. Namun begitu, bantuan ini dijangkan akan disalurkan bermula pada bulan Mac 2022.

Baca Juga : BKM Bujang Akan Dikreditkan Minggu Ini ~ Semak Sekarang!

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress