BKM 2022 : Tarikh Pembayaran BKM Fasa 1 Bujang

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 1 Bujang Tahun 2022

Berita baik buat seluruh golongan bujang yang tinggal dan menetap di Malaysia kerana Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat yang berpendapatan rendah.

OnViral akan kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang akan diterima oleh golongan bujang.

Kadar Bantuan

Untuk makluman, berikut adalah jumlah bantuan BKM yang akan diberikan kepada golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah:

    • RM350

Syarat Kelayakan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan penerima BKM golongan bujang:

    • Merupakan seorang bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.
    • Had umur adalah 21 – 59 tahun.
    • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini terbahagi kepada 4 fasa pembayaran. Berikut adalah maklumat & jadual :

Fasa 1

    • Bulan Mac 2022
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
    • Bujang

Fasa 2

    • Bulan Jun 2022
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

Fasa 3

    • Bulan September 2022
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
    • Bujang

Fasa 4

    • Bulan Disember 2022
    • Isi Rumah
    • Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

 

Seperti yang anda boleh lihat jadual di atas, untuk BKM bujang, pembayaran hanya akan dilakukan sebanyak 2 kali sahaja.

Iaitu pada Fasa 1 (Mac) & Fasa 3 (September) sahaja.

Cara Memohon

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baru BKM perlu dilakukan sekiranya tidak mempunyai rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan pembentangan bajet 2022 anda boleh layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *