BKM : RM2000 Mungkin Anda Akan Dapat. Lihat Bila Tarikh Pembayaran

Keliru dengan Jumlah BKM Bujang?

Selesai sudah pembentangan Belanjawan 2022 pada Jumaat yang lalu 29 Oktober 2022. Namun perbualan tentang isi kandungan belanjawan menjadi perbualan dimana-mana lebih-lebih lagi topik yang berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Mungkin juga ramai yang masih keliru tentang pembentangan maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

bkm bujang

Kedengaran rata-rata menyangka yang bantuan ini tidak melibatkan golongan bujang dan hanya terhad kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sahaja. Untuk penyelesaian kes ini, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah tampil menjelaskan pelaksanaan sebenar Bantuan Keluarga Malaysia BKM di bawah Bajet 2022.

Bayaran BKM setiap kategori

Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

    • Mempunyai lebih 3 orang anak: RM2,000
    • Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM1,500
    • Tidak mempunyai anak: RM1,000

Isi rumah (berpendapatan RM2,501 – RM5,000)

    • Mempunyai lebih 3 orang anak: RM800
    • Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM600
    • Tidak mempunyai anak: RM400

Ibu/bapa tunggal & Warga Emas isi rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

    • Ibu/bapa tunggal: RM500
    • Warga Emas: RM300
    • Warga Emas bujang/tiada pasangan (berpendapatan kurang RM5,000)
    • Warga Emas bujang/tiada pasangan: RM600

Bujang (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

    • Bujang (<RM2,000): RM350

Baca Juga: Bantuan Keluarga Malaysia – Bayaran RM2,000 Secara Tunai!

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

“Bantuan tunai langsung itu telah ditambah baik dengan memperkenalkan BKM bagi memberikan lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” jelas Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

bkm bujang

Maklumat Lanjut BKM Bujang

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkenaan Bajet 2022m sila rujuk pautan di bawah:

  • Untuk maklumat lanjut Inisiatif Belanjawan 2022 KLIK DISINI
  • Laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) KLIK DISINI
  • Facebook Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) KLIK DISINI
  • Facebook  Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz KLIK DISINI

Nota : Berkemungkinan pembayaran akan dilakukan pada awal Januari, Februari dan Mac 2022.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress