Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Anda boleh layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahu berita-berita semasa dan permohonan terkini.
BKM Bujang : Dapat RM350 -RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
Dalam kandungan perbentangan Bajet 2022, pihak kerajaan telah memwujudkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Mungkin ramai yang keliru dan tertanya tanya kerana BKM untuk kategori Bujang seperti tiada dalam pakej ini. Adakah betul begitu?
Untuk makluman, Menteri Kewangan Tengku Zafrul sudah menjelaskan bahawa beliau tidak berkesempatan untuk mengumumkan serta menyenaraikan kesemua bantuan. Jadi anda yang jatuh di bawah kategori Bujang tidak perlu risau kerana Bantuan Bujang BKM termasuk dalam Bantuan Keluarga Malaysia.
Bujang BKM 2022
Sila rujuk maklumat di bawah untuk informasi tentang bantuan yang diberikan kepada ketegori bujang :
-
- Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
RM350 - Individu Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan berumur 60 tahun ke atas pendapatan individu RM5,000 ke bawah:
RM600
- Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
Sila rujuk infografik di bawah untuk persembahan yang lebih jelas
Syarat Kelayakan Bantuan BKM Kategori Bujang
-
- Berstatus bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 – 59 tahun
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Nota : Info akan dikemaskini
Langkah Melakukan Permohonan
Bagi pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Tarikh Melakukan Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Tarikh Pembayaran BKM Bujang
Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.
Tarikh pembayaran akan bermula pada bulan Mac 2022.
FAQ – BKM Bujang
Soalan:Adakah penerima bantuan keluarga Malaysia bujang perlu buat permohonan?
Jawapan: Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022.
Soalan:Bilakah tarikh pembayaran?
Jawapan: Jadual pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan BKM 2022, sila hubungi pihak LHDN atau rujuk pautan untuk info.
- Talian hotline LHDN : 1-800-88-2727
- Sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan KLIK DISINI
- Pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini boleh dirujuk di pautan ini KLIK DISINI
Baca Juga: Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022