BKM Bujang : Dapat RM350 -RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)
Dalam kandungan perbentangan Bajet 2022, pihak kerajaan telah memwujudkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Mungkin ramai yang keliru dan tertanya tanya kerana BKM untuk kategori Bujang seperti tiada dalam pakej ini. Adakah betul begitu?
Untuk makluman, Menteri Kewangan Tengku Zafrul sudah menjelaskan bahawa beliau tidak berkesempatan untuk mengumumkan serta menyenaraikan kesemua bantuan. Jadi anda yang jatuh di bawah kategori Bujang tidak perlu risau kerana Bantuan Bujang BKM termasuk dalam Bantuan Keluarga Malaysia.
Bujang BKM 2022
Sila rujuk maklumat di bawah untuk keterangan tentang bantuan yang diberikan kepada ketegori bujang :
-
- Kategori Bujang & Pendapatan bawah RM2,500 : Mendapat bantuan sejumlah RM350
- Kategori Warga Emas Bujang & Pendapatan bawah RM5,000 : Mendapat bantuan sejumlah RM600
- Kategori Ibu/ Bapa Tunggal : Mendapat bantuan sejumlah RM500
- Kategori Warga Emas Isi Rumah : Mendapat bantuan sejumlah RM300
Sila rujuk infografik di bawah untuk persembahan yang lebih jelas
Syarat Kelayakan Bantuan BKM Kategori Bujang
-
- Warganegara Malaysia
- Gaji atau pendapatan hendaklah bawah RM2,500 sebulan
- Umur bawah 21 tahun
Nota : Info akan dikemaskini
FAQ Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Soalan:Adakah penerima bantuan keluarga Malaysia bujang perlu buat permohonan?
Jawapan:Kerajaan akan umumkan cara permohonan dalam waktu terdekat.
Bilakah tarikh pembayaran?
Jawapan: Jadual pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang maklumat lanjut berkenaan BKM 2022, sila hubungi pihak LHDN atau rujuk pautan untuk info.
- Talian hotline LHDN : 1-800-88-2727
- Sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan KLIK DISINI
- Pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini boleh dirujuk di pautan ini KLIK DISINI