BKM Fasa 1 : Jadual Penuh Pembayaran BKM Kategori Bujang 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif daripada kerajaan dengan memberikan bantuan tunai langsung seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

OnViral ingin kongsikan kepada anda pembayaran fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia BKM yang bernilai hampir RM2.0 Bilion yang akan dibayar secara berperingkat bermula Mac ini.

Pembayaran Fasa 1 BKM

Untuk pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi seperti berikut:

    • 4.0 juta isi rumah
    • 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan)
    • 3.4 juta individu bujang

Jumlah Bayaran Kategori Bujang Mengikut Fasa 1

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak: Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak: Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Tarikh Pembayaran Rasmi BKM

Setiap penerima yang layak dan lulus statusnya akan menerima pembayaran secara berperingkat-peringkat bermula 28 Mac 2022 iaitu hari rabu sehingga 8 April 2022.

Pembayaran ini dibuat bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran BKM Fasa 1 bermula Mac:

Semakan Status

Semakan status permohonan kelulusan BKM anda boleh bermula 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress