Bantuan Tambahan Berjumlah RM500 BKM
Seperti yang anda sudah maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai yang lebih tertumpu dan dikhaskan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Bantuan Tambahan BKM
Adakah anda tahu yang terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak. Sila rujuk maklumat di bawah untuk jumlah bantuan tambahan.
Baca Juga : Tarikh Akhir Bayaran BKM Fasa 1 Pada 8 April
Syarat Kelayakan
Sila rujuk syarat kelayakan di bawah untuk menerima bantuan tambahan BKM:
-
- Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
- Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.
Kadar Bantuan Yang Disalurkan
Jumlah bantuan BKM maksimum adalah:
-
- RM2,000
Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:
-
- RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat.
- RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas.
Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:
-
- RM2,500
Tarikh Pembayaran BKM
Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.
Baca Juga : KWSP Pengeluaran Khas | Cara Mengetahui Samada Status Permohonan “LULUS” Atau Sebaliknya
Jom tonton video dari Youtube Onviral


