BKM : Semakan Jumlah Pembayaran & Tarikh Pembayaran
Pada pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) setelah menggantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan mempertingkatkan lagi pembaharuan pada tahun 2022.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan memberi manfaat kepada 9.6 juta serta melibatkan peruntukan sebanyak RM8.2 billion. Pada tahun ini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah melibatkan peruntukan sebanyak RM7 billion di sini kita dapat melihat pembaharuan yang telah ditingkatkan oleh pihak kerajaan.
Jumlah Bantuan
Buat masa kini, jumlah pembayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti:
-
- Individu bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah: RM350
- Isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan mempunyai pendapatan kurang RM2,500: RM2,000
- Warga emas yang berpendapatan di bawah RM5000: RM500
1. Bantuan Bujang BKM
-
- Pemberian bantuan bujang akan disalurkan pada tahun 2022 kepada individu yang layak. Perkara ini telah dibentang pada belanjawan 2022 baru-baru ini.
2. Bantuan Warga Emas
-
- Sekiranya anda terdiri dalam golongan warga emas, anda akan menerima bantuan sebanyak RM300 untuk setiap bulan bermula pada tahun 2022.
3. Bantuan Tambahan
-
- Kepada mana-mana individu yang mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM5000 tetapi anda bersattus ibu tunggal/bapa tunggal bakal menerima bantuan tamabahan sebanyak RM500 bermula tahun 2022.
4. Bantuan BKM RM2000 2022
-
- Pemberian bantuan ini akan diberikan kepada golongan yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 sebulan serta mempunyai 3 orang anak.
5. Bantuan Kewangan
-
- Bantuan sebanyak RM1000 akan diberikan kepada golongan yang sudah berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat akan dilaksanakan pada tahun 2022.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.