BKSS 6.0 – Ada Yang Dapat RM1,500 Secara One-off!
Untuk makluman semua, Bayaran akhir untuk BKSS 6.0 pada tahun ini iaitu bulan Disember 2021 telah pun diagihkan kepada penerima yang layak.
Bantuan kewangan sebanyak RM2,500 telah diberi secara berperingkat bermula pada bulan Julai yang lalu. Di mana penerima akan dapat RM250 setiap bulan sehingga bulan Disember.
Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS
Kepada mereka yang masih belum tahu, BKSS (Bantuan Khas Sarawakku Sayang) merupakan bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Khas Sarawak (GPS) khas untuk orang Sarawak yang memerlukan.
Cara Melakukan Semakan Status BKSS 6.0
Untuk semakan status kelayakan dan pembayaran, anda boleh layari Portal Rasmi BKSS 6.0 di
https://bkss.sarawak.gov.my/
Hanya masukkan Nombor Pengenalan dan tekan butang SEMAK.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan wang tunai sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh 6 bulan adalah bermula pada 31 Julai hingga 31 Disember 2021.
Di bawah adalah jadual pembayaran yang telah dibuat :
Pembayaran Ketua Isi Rumah : RM1500
-
- 20 Julai – RM250
- 20 Ogos – RM250
- 20 September – RM250
- 20 Oktober – RM250
- 20 November – RM250
- 20 Disember – RM250
BKSS Bujang
Bagi kategori bujang, bantuan tunai RM500 hanya akan dibayar secara onee-off pada 20 Ogos 2021.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau layari portal rasmi website UKAS KLIK DI SINI