BKSS 7.0 : Permohonan RM10,000 Untuk Peniaga Secara One-Off

Untuk makluman anda, Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 (BKSS 7.0) merupakan bantuan untuk memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan.

Bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM10,000 adalah untuk perniagaan aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Disember 2020 bagi mereka yang berkelayakan dan pembayaran akan dilakukan sebanyak dua peringkat, iaitu RM5,000 untuk bulan Oktober dan RM5,000 bermula disember 2021.

Pendaftaran bagi fasa 1 BKSS 7.0 akan bermula esok. Sila baca artikel sehingga habis untuk maklumat Bantuan ini.

Fokus Utama BKSS 7.0

3 fokus utama bantuan BKSS 7.0 adalah:

    • Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO
    • Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19
    • Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.

Bantuan RM10,000 Secara One-Off

Bantuan kewangan Sebanyak RM10 ribu ringgit ini akan dilakukan secara one-off untuk perniagaan aktif yang telah berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Setakat tarikh 31 Disember 2021 sudah terdapat lebih kurang 40 ribu buah perniagaan yang melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan operasi perniagaan contohnya perbelanjaan operasi dan sewa serta upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kriteria Kelayakan

Perniagaan mestilah aktif dan telah berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2020.

Tarikh Bayaran BKSS 7.0

Pembayaran sebanyak RM5000 untuk bantuan BKSS 7.0 ini akan mula diagihkan pada bulan Oktober serta baki RM5000 akan diagihkan pada Disember 2021.

    • Fasa 1: RM5000 Oktober 2021
    • Fasa 2: Baki bayaran RM5000 akan dibayar pada bulan Disember

Pembayaran Bantuan ini juga akan dimasukkan terus ke dalam akaun rasmi bank syarikat yang berdaftar dengan PERKESO.

Baca juga: BPR Tambahan : Semakan Rayuan & Bayaran RM500, RM300 & RM100

Semakan Kelayakan Untuk PKS Sarawak

Pihak Kerajaan Sarawak akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 menggunakan kaedah surat-menyurat kepada alamat yang berdaftar yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.

Sila lihat contoh surat di bawah ini yang anda terima sekiranya PKS anda layak untuk menerima bantuan.
bkss 7.0

bkss 7.0

Langkah Memohon BKSS 7.0

Sila rujuk langkah di bawah ini untuk membuat permohonan:

    1. Sila layari laman web rasmi kerajaan Sarawak bermula 7 Oktober 2021 KLIK DISINI
    2. Sila muat naik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam contoh  surat di atas.
    3. Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID untuk melengkapkan permohonan.

Tarikh Tamat Permohonan

Setiap pemohon mesti melengkapkan dokumen di dalam portal  sebelum 22 Oktober 2021. KLIK DISINI

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web rasmi Kerajaan Sarawak untuk sebarang rujukan lanjut. KLIK DISINI

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress