BMT 2021: Semakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Apa Itu Bantuan Musim Tengkujuh?

Bantuan ini diwujudkan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya yang mengakibatkan tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

Jumlah Bantuan dan Tarikh Pembayaran

Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 akan disalurkan dalam dua peringkat iaitu;

  • November  RM300
  • Disember RM300

Tarikh Permohonan dan Kemaskini

Permohonan dan kemaskini maklumat dibuka mulai ;

  • 15 September 2021 – 15 November 2021.

Penerima BMT tahun 2020 dimohon untuk kemaskini maklumat anda di laman portal BMT

https://bmt.risda.gov.my/

Anda juga boleh layari laman web Onviral untuk mengetahui lebih lagi tentang bantuan atau hal isu semasa serta langkah – langkah permohonan seperti bantuan dll.

Kadar Bantuan

Kadar BMT yang akan diterima bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600. Bantuan ini akan dibayar kepada penerima sebanyak 2 kali bayaran iaitu pada bulan Disember 2021 dan Januari 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan terbahagi kepada 2 kategori iaitu ;

i) Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

ii) Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar.
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Bagi maksud “pekebun kecil berdaftar dengan RISDA,” perinciannya adalah seperti berikut:

  1. Pekebun kecil yang tersenarai dalam Sistem e-SPEK.
  2. Bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian Borang BMT2021 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
  3. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan KPLB merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial, dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA.
  4. Bagi pekebun kecil di bawah agensi, pengisian Borang BMT2021 beserta surat pengesahan daripada Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu:
    • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
    •  Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
    • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
    • FELCRA
    • KESEDAR
    • KETENGAH
    • Dan lain-lain sumber agensi/jabatan

Untuk maksud “pemilik tanah yang sah,” perinciannya adalah seperti berikut:

  • Pemilik tanah yang sah adalah tuan punya atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berenaan.
  • Bagi negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah yang berdaftar ke atas surat hakmilik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak.
  • Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hakmilik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari RISDA iaitu Pengakuan Kematian dan waris-warisnya (TS20A (Pin. 1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B (Pin. 1/09)).
  • Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh KPLB merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial, dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA, dan Kerajaan Negeri.

Maksud “memiliki jumlah tanah” pula adalah seperti berikut:

  • Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki (bukan tertaktuk kepada tanah yang diusahakan getah) adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat (keseluruhan).

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan bagi yang belum menerima BMT sebelum ini, pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan di pejabat RISDA yang berhampiran.

Untuk hadir ke pejabat RISDA, anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu seperti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi pejabat RISDA yang berhampiran. Senarai no telefon boleh dirujuk melalui pautan (https://drive.google.com/viewerng/viewer?embedded=true&url=http://www.pekebunkecilmakmur.com.my/documents/direktori_pertanyaan.pdf#toolbar=0&scrollbar=0).
  2. Tempahan mestilah 3 hari sebelum tarikh temu janji.
  3. Datang ke pejabat RISDA untuk membuat permohonan adabila tarikhnya tiba.

Semakan & Kemaskini Maklumat

Bgai penerima BMT 2020, anda hanya perlu membuat semakan dan kemaskini maklumat melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bmt.risda.gov.my/.
  2. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Submit.’
  3. Kemas kini maklumat nombor telefon dan akaun bank.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut BMT 2021, sila hubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress