BMT RISDA 2021: Permohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh

Permohonan, Semakan & Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2021

Untuk makluman semua, pihak RISDA sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Pekebun Kecil dan Penoreh Getah bagi tahun 2021.
Sekiranya anda merupakan penerima Bantuan Musim Tengkujuh ini, anda dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat permohonan anda secara online di Portal RISDA bermula 15 September 2021.

Untuk pemohon baru pula, sila rujuk kriteria dan syarat kelayakan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi serta melengkapkan borang.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

BMT RISDA

Syarat Kelayakan Permohonan BMT RISDA

Di bawah adalahkriteria kelayakan BMT 2021.

Pekebun Kecil RISDA

    1. Warganegaa Malaysia sahaja.
    2. Semua Pekebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA.
    3. Keluasan kebun hendaklah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
    4. Pemilik tanah yang sah.
    5. Untuk 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.

Penoreh Bukan Pemilik

    1. Warganegaa Malaysia sahaja.
    2. Semua Pelebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA
    3. Keluasan kebun hendaklah dari 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
    4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
    5. Untuk 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
    6. Mesti mempunyai kad PAT-G yang masih sah.

Sila rujuk syarat-syarat lanjut melalui gambarajah di bawah:
BMT RISDA

Langkah Permohonan BMT RISDA

Untuk pemohon baru, permohonan boleh dilakukan dimana-mana pejabat RISDA.

Anda boleh rujuk  laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat temujanji untuk hadir ke Pejabat RISDA yang terdekat. Anda juga boleh rujuk panduan membuat temujanji Pejabat RISDA melalui gambar di bawah:


Langkah Mengemaskini BMT 2021

sila rujuk langkah di bawah untuk mengemaskini BMT 2021 anda:

    • Sila layari laman web risda https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.
    • Sila log masuk dengan menggunakan ID yang telah didaftarkan.
    • Sila kemaskini butiran maklumat anda.
    • Sila tekan butang (SAVE) setelah semua maklumat lengkap diisi.

Baca juga: MyBKC: Cara Dapatkan Kata Laluan Baru Sekiranya Terlupa

Maklumat Lanjut

Sila hubungi RISDA bagi mendapatkan maklumat lanjut di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau mana – mana Pejabat RISDA berhampiran. Untuk makluman, kehadiran ke pemohon untuk hadir pejabat pada masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya pemohon hadir ke pejabat selepas mendapat temujanji, sila pastikan anda memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungi
Ibu Pejabat RISDA, Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur
Telefon : 03-4256 4022 / 03-4256 5599
Emel : pekebunkecilmakmur@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/risdamalaysia

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress