BPK : Bantuan RM300 Untuk B40 Bermula November 2021

BPK : Bantuan RM300 Untuk B40 Bermula November 2021

Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.

Program ini adalah bagi bertujuan untuk  membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk makluman anda, melalui program ini pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Program PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

Penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad mereka di mana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

Lokasi Pembelian

Untuk pengetahuan anda, para penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

    • Giant
    • Mydin
    • Econsave
    • The Store
    • Pacific
    • Milimewa
    • 99 Speedmart
    • Lotus Stores (Tesco)
    • Kedai-Kedai runcit terpilih

Bulan Pelaksanaan

    • Julai-September 2021: Selangor & Kuala Lumpur
    • Ogos-Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
    • September – November 2021 / Oktober – Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

Semakan Kelayakan

Berikut merupakan cara untuk melakukan semakan kelayakan bagi Bantuan PRIHATIN Kasih:

    • Sila buka laman web MyKasih
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha.
    • Tekan pada butang “Semak Status”.
    • Keputusan kelayakan akan dipaparkan.
    • Para penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
    • Para penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress