BPR Fasa 3: Pembayaran Bermula 28 September 2021 ~ Ramai Sudah Terima Bayaran

BPR Fasa 3: Pembayaran Bermula 28 September 2021

Buat anda yang masih tertanya-tanya berkenaan BPR Fasa 3, berikut kami kongsikan beberapa maklumat berkaitan seperti tarikh pembayaran dan jumlah yang akan diterima mengikut kategori.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3

Untuk makluman, bayaran BPR bagi fasa 3 akan bermula pada 28 September 2021 dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

Jumlah Bayaran BPR Yang Diterima

Kategori bujang tidak akan menerima bayaran pada Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan jumlah bayaran pada Fasa 1 dan Fasa 2.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima pada BPR Fasa 3 mengikut kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500

    1. Kurang dari 1 anak: RM500
    2. 2 anak dan ke atas: RM1,100

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM4,000

    1. Kurang dari 1 anak: RM200
    2. 2 anak dan ke atas: RM600

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000

    1. Kurang dari 1 anak (Pemohon 60 tahun ke atas): RM200
    2. Kurang dari 1 anak: RM100
    3. 2 anak dan ke atas: RM200

Cara Membuat Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR Fasa 3

    1. Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
    2. Tekan pada butang “SEMAK STATUS”.
    3. Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan BPR Fasa 3, anda boleh melayari laman web BPR dan menghubungi LHDNM di:

LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi – 5:00 petang)
Hadir ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress