Untuk tahun 2021, BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) telah diperkenalkan bagi menggantikan BSH (Bantuan Sara Hidup).
Bantuan ini akan diagihkan kepada golongan B40 & M40 bagi kategori isi rumah dan bujang.
Bila BPR Fasa 3 Masuk?
Fasa 1 & 2 telahpun dibayar pada tahun ini, manakala BPR Fasa 3 iaitu merupakan pembayaran fasa terakhir akan dibayar pada bulan September 2021.
Untuk makluman, tarikh rasmi maish belum diumumkan oleh kerajaan.
Nantikan dalam waktu terdekat ini.
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3
Sila rujuk jadual penuh di bawah bagi kelayakan anda.
Jadual di bawah ini adalah bagi mereka yang telah menerima BPR Fasa 1.
Jadual di bawah ini pula, adalah untuk Permohonan Baru BPR 2021 atau yang tak dapat Fasa 1:
Semakan BPR Online
Bagi melihat status kelayakan BPR fasa 3 anda, sila semak secara online di :
-
- Layari https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan MyKad anda dan semak.
Daftar BPR
Permohonan baru BPR boleh daftar di
-
- https://bpr.hasil.gov.my/
- Bagi yang sudah dapat BSH atau BPN, anda hanya perlu kemaskini maklumat terkini anda sahaja.
Soalan Lazim
1. Bila tarikh rasmi pembayaran BPR Fasa 3?
-
- Bayaran BPR Fasa 3 akan dibayar pada bulan September ini. Tarikh rasmi bakal diumumkan kelak.
2. Berapakah jumlah bantuan BPR Fasa 3 untuk bujang?
-
- BPR bujang tiada untuk Fasa 3. Kerana telahpun dibayar penuh pada Fasa 1 dan Fasa 2.
3. Saya tidak lulus BPR Fasa 2, adakah saya layak BPR Fasa 3 ini?
-
- Tidak, tetapi anda boleh membuat rayuan semula di LHDN.