BPR Tambahan: Cara Semak Bayaran RM500

Lagi berita baik buat penerima BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), bantuan BPR Tambahan RM500 secara ‘one-off’ melalui PEMERKASA akan diagihkan bermula Jun ini.

Bermula hari ini, terdapat segelintir pemohon yang berkongsi di media sosial mereka bahawa pengkreditan BPR Tambahan sudah mulai dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Bantuan yang diperuntukkan sebanyak RM1.2 billion oleh kerajaan ini adalah bagi membantu 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan.

OnViral akan kongsikan kepada anda maklumat terkini bantuan mengenai bantuan RM500 ‘one-off’ ini.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan RM500?

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang hilang pendapatan.

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan Rm1,000 dan ke bawah.

Bantuan RM500 ‘One-Off’ Untuk B40 & Penerima BPR

Kami kongsikan maklumat mengenai bantuan ini:

  • Penerima tidak perlu melakukan pendaftaran.
  • Penerima adalah berumur antara 21-60 tahun.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
  • Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

Tarikh Bayaran

Bayaran RM500 ‘one-off’ ini akan dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.

Ada segelintir pemohon yang sudah mulai dikreditkan bantuan RM500 ke akaun masing-masing. Jadi anda boleh semak akaun bank masing-masing.

Cara Membuat Semakan BPR Tambahan RM500

Cara Untuk Permohonan

  • Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.
  • Anda boleh semak akaun anda selepas tarikh bayaran diumumkan nanti.

Mohon Juga: Permohonan PTPTN Secara Online (Borang & Syarat)

BPR Tambahan

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, sebanyak 2.1 billion ringgit diperuntukkan bagi menambah kadar BPR.

1. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM500.

2. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000

  • Kadar tambahan BPR adalah sebanyak RM300.

3. Bujang akan menerima tambahan BPR sebanyak RM100

  • Tarikh pembayaran mengikut bank-bank tempatan.

Anda perlu faham bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Justeru itu anda perlu bersabar dan menunggu pembayaran ini.

Bukti Pembayaran Sudah Mula Dikreditkan

BPR Tambahan

Maklumat Tambahan

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh untuk hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88-2747.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress