BPR Tambahan: RM500 Sudah Mula Dikreditkan. Semak Segera!

Satu lagi berita baik untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM500 secara one-off melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan diagihkan bermula bulan Jun 2021 ini.

Bermula hari ini, terdapat segelintir pemohon yang berkongsi di laman media sosial mereka dan menyatakan bahawa mereka telah menerima pengkreditan BPR Tambahan ke akaun bank masing-masing.

Untuk makluman, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi meringankan beban 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

OnViral kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang bantuan RM500 secara ‘one-off’ ini.

Mohon Juga: Tutorial Tebus Telefon Pintar / Data Percuma Selama Setahun

Apa Itu BPR Tambahan?

Untuk makluman, BPR Tambahan merupakan penambahbaikan BPR 2021 dengan tambahan nilai bantuan. Pakej ini disebut dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +).

Siapakah Yang Layak Menerima RM500 Ini?

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang kehilangan punca pendapatan.

Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Bantuan RM500 ‘One-Off’ Untuk B40 & Penerima BPR

Berikut merupakan info mengenai bantuan ini:

  • Penerima tidak perlu untuk membuat pendaftaran.
  • Penerima berumur antara 21-60 tahun.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
  • Individu berstatus bankrap juga diberikan kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada jabatan insolvensi yang mentadbir kes mereka.

Tarikh Bayaran

Bayaran RM500 ‘one-off’ ini akan dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.

Ada segelintir pemohon yang sudah mula dikreditkan bantuan RM500 ke akaun masing-masing. Jadi anda boleh semak pada akaun bank masing-masing.

Anda mencari kerja kosong? Mohon Pengambilan Khas Guru KPM. 18,702 Kekosongan Dibuka!

Cara Untuk Semak Bantuan RM500

  1. Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk dan masukkan nombor kad pengenalan anda.
  3. Tekan semak.

Tatacara Permohonan

  • Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.
  • Anda boleh semak akaun anda selepas tarikh bayaran diumumkan nanti.

Kadar Jumlah Bantuan

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima:

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 = BPR Tambahan RM500
  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM5,000 = BPR Tambahan RM300
  • Bujang: BPR Tambahan RM100

BPR Tambahan

Tarikh Pembayaran

Anda perlu faham bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Justeru itu anda perlu bersabar dan menunggu pembayaran ini.

Maklumat Tambahan

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh untuk Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88-2747.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress