BPR Tambahan : Semakan Rayuan & Bayaran RM500, RM300 & RM100

Seperti yang kita sudah maklum, pihak kerajaan bakal  menyediakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Bagi mereka yang telah lulus rayuan, sesi pembayaran bermula pada 28 September 2021 untuk pemegang akaun bank BSN, manakala bagi bank-bank lain pula bermula pada 4 Oktober 2021.

Mantan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin pada 31 Mei yang lalu telah membuat pengumuman bahawa bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus telah dilaksanakan bagi membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3. .

Terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan menerusi PEMERKASA Plus iaitu:

    • Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
    • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
    • Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Untuk matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.

Tarikh Pembayaran

Pihak kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan pada hujung bulan Jun 2021.

Baca juga: BKC Fasa 2 : Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Diterima

Jumlah Pembayaran BPR Tambahan

Jumlah pembayaran yang telah ditetapkan berserta kategori / pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

    • RM500 – Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
    • RM300 – Pendapatan isi rumah RM2,501 – hingga RM5,000
    • RM100 – Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
    • RM100 – Individu bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah

BPR TAMBAHAN

Permohonan BPR Tambahan

Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan baharu bagi BPR Tambahan ini. Ini adalah kerana penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 akan secara automatik layak menerima BPR yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank mereka.

Nota : Penerima BPR Fasa 2 yang mempunyai status gagal akan menerima pembayaran BPR Tambahan secara tunai di kaunter BSN.

Langkah Membuat Semakan

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan:

  1. Sila layari laman web BPR KLIK DISINI
  2. Sila tekan ‘Log Masuk.’
  3. Sila isikan no kad pengenalan dan tekan butang ‘Semak.’
  4. Sila masukkan kata laluan dan tekan butang ‘Log Masuk.’
  5. Sila tekan bahagian semakan status.
  6. Keputusan status akan dipaparkan.

Langkah Membuat Rayuan

Pemohon yang telah membuat permohonan dengan status tidak lulus masih boleh menerima BPR Tambahan dengan syarat mereka mesti membuat rayuan dimana permohonan bagi rayuan BPR 2021  dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.

Sekiranya permohonan rayuan diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 sekali dengan amaun BPR Tambahan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan perlu maklumat lanjut, sila rujuk info dio bawah:

    • Sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 ATAU
    • Sila layari laman web BPR LHDNM di pautan . KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress