Berita baik buat semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), pembayaran akan dibuat mulai 7 Mei 2021.
Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Pada pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah memperkenalkan BPR bagi menggantikan program Bantuan Sara H1dup (BSH) dengan menyasarkan bantuan untuk semua golongan B40 dan M40 termasuk golongan OKU dengan beberapa penambahbaikan bantuan.
Jumlah bayaran bagi penerima adalah berbeza mengikut kategori tarikh kelulusan permohonan BPR. Anda boleh rujuk jadual kategori kelulusan dibawah (termasuk Isi Rumah dan Bujang):
Jumlah Bayaran Fasa Pertama BPR 2021
Jumlah Bayaran Permohonan Baharu 2021 (Bukan Penerima Fasa Pertama)
Penerima Bayaran BPR Perubahan Status Kahwin
Jadual Pembayaran BPR 2021
Fasa Bayaran & Tarikh Pembayaran
- Bayaran BPR Fasa 1: 24 Februari 2021
- Bayaran BPR Fasa 2: 7 Mei 2021
- Bayaran BPR Fasa 3: *Belum diumumkan
Infografik Bayaran BPR Fasa 2 2021
- Pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibayar secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 dengan peruntukan RM2.75 billion bagi 8.4 juta penerima.
- Peruntukan ditambahnaik dimana penerima akan menerima antara RM150 hingga RM600 (berbanding sebelum ini dimana kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150).
- Semakan status kelulsuan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my
- Pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 7-12 Mei 2021.
- Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran akan dibuat mulai 17 Mei 2021 melalui cawangan BSN.
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Khas RM500 Untuk B40 pula akan dibayar pada Jun 2021.
Berita baik bagi tidak layak atau belum memohon BPR ini, kerajaan akan membuka permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.