BPR: Tarikh Rayuan Fasa 2 & Kod Alasan Tidak Lulus

Setelah bayaran i-Sinar telah bermula dikreditkan pada 3 Mei 2021. Kini, giliran BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) dikreditkan ke akaun penerima bermula 7 Mei 2021, semua pemohon sudah boleh membuat semakan status BPR Fasa 2.
 
Penerima yang mendapat status LULUS akan mula menerima bayaran melalui akaun bank masing-masing mulai 7 Mei sehingga 12 Mei ini.
 
 
Namun begitu, terdapat sesetengah penerima BPR mungkin berasa hairan mengapa ada di antara mereka yang telah mendapat bayaran Fasa 1 tetapi semakan status BPR Fasa 2 tidak lulus.
 
Kami dari Portal Info akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai rayuan BPR Fasa 2 dan antara sebab mengapa penerima berstatus TIDAK LULUS walaupun telah menerima bayaran pada Fasa 1.

Mengapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus?

Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Hal ini bermakna terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.

bpr

Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR Fasa 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:

Kod Alasan

  • 05 – Maklumat kad pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon/ pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlukan pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Jika rujuk kepada permohonan sebelum ini seperti BSH dan BPN, beberapa lagi alasan mungkin menyebabkan anda TIDAK LULUS BPR FASA 2, antaranya ialah:

  • Maklumat kad pengenalan pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/ Nombor Kad Pengenalan / Status Kewarganegaraan
  • Maklumat kad pengenalan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad pengenalan berbeza semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Hubungan pertalian antara anak dan pemohon / pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

Tarikh Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan permohonan rayuan tidak lama lagi.

Berikut dikongsikan kepada anda kenyataan media yang menyatakan permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

bpr

Dengan adanya permohonan rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.
Oleh itu, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semual oleh pihak LHDNM.

Kategori Pemohon BPR

Terdapat 2 kategori permohonan BPR 2021 iaitu seperti berikut:
i) Kategori Isi Rumah
  • Merupakan pasangan yang telah berkahwin
  • Terdiri dari ibu / bapa tunggal / janda / balu / duda yang mempunyai anak
  • Belum berkahwin tetapi merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Syarat Kategori Isi Rumah BPR

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malaysia
  • Merupakan ketua keluarga yang tinggal dalam satu rumah serta berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM5,000 dan ke bawah (seisi rumah)
  • Mempunyai pasangan warganegara Malaysia atau mempunyai kad pengenalan diri di Malaysia seperti MyPR/ MyKAS
  • Sekiranya pasangan bukan warganegara Malaysia, pasangan mestilah memiliki kad pengenalan diri yang sah
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf dan / atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Anak mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri Malaysia sama ada Mykad atau Mykid
  • Mestilah berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas sekiranya masih dalam pengajian di Institusi Pengajian Awam / Swasta

ii) Kategori Bujang

  • Merupakan inidividu bujang atau ibu / bapa tunggal / balu / janda / duda yang tiada anak
  • Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  • Bagi individu kategori OKU mestilah berumur 18 hingga 59 tahun

Syarat Kategori Bujang

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia, tinggal dan menetap di Malasyia
  • Berpendapatan kasar sebanyak RM2,500 dan ke bawah (sebulan)
  • Berumur antara 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi individu OKU

Maklumat Lanjut:

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila hubungi talian berikut:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

2 thoughts on “BPR: Tarikh Rayuan Fasa 2 & Kod Alasan Tidak Lulus

  1. Mengapa ini bisa terjadi , sekarang kedudukan data2 yang tertib sudah tidak selari tdk setempat , disebab kan sentiasa ada sahaja benda2 baru atau cadangan2 yg timbul utk segera dilaksanakan dan di selit juga dalam fail yg terjaga seperti bpn dgn bpr…satu bapa tapi lain ibu kandung…🤪

  2. askum.knapa sya xlulus.sya dok kna buwan kje.sya raya duit satu sen pun xdok.sya dgn ank sedeh raya thun n.sya brharep bleh duit bsr xlulus plok.sedehnya tahun ni sya dgn ank sya.3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *