BSH – Bantuan Sara Hidup, cara untuk tahu kelayakan anda.

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah antara perkara yang sering menjadi fokus rakyat, terutama menjelang tarikh pembayaran. Dalam bahasa mudah, BSH ialah pemberian bantuan tunai kerajaan kepada rakyat Malaysia berdasarkan pendapatan isirumah.

Walaupun BSH sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu bertitik-tolak dari bantuan asal dikenali Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), ada beberapa terma mengenai bantuan ini belum difahami sepenuhnya oleh orang ramai, terutama warga emas.

Artikel ini akan cuba menerangkan sebahagian daripada terma utama BSH. Sila baca dengan teliti untuk memudahkan kefahaman.

bsh

Bagaimana menyemak BSH?

Sebelum pergi kepada terma spesifik yang digunakan di laman web BSH, ada baiknya difahami sedikit sebanyak mengenai kaedah membuat semakan BSH.

1. Semak status BSH

Menyemak status BSH akan merangkumi semua status permohonan sama ada sudah membuat permohonan atau belum dan jika sudah memohon, sama ada ia sudah diluluskan atau dalam proses pertimbangan.

Semakan semua status ini dapat dibuat di portal rasmi milik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) https://bsh.hasil.gov.my/ atau menerusi aplikasi khas yang dapat dimuat turun di Google Play Store.

Anda juga boleh hubungi LHDN di talian 1-800-88-2747 (9 pagi hingga 5 petang) atau talian Kementerian Kewangan di 03-8882 4565 / 4566 (9 pagi hingga 5 petang) untuk mengetahui status terkini permohonan sesuatu permohonan BSH.

Anda juga boleh hadir sendiri ke mana-mana pejabat LHDN terdekat. Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, pejabat LHDN seluruh negara tidak mengendalikan urusan berkaitan buat sementara kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang jangkitan Covid-19.

2. Fahami terma status semakan

Apabila membuat semakan, anda mungkin akan menemui beberapa istilah atau terma yang setiap satu membawa maksud spesifik.

Hanya tiga kategori berikut layak untuk memohon BSH 2019:

  1. Kahwin
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
  3. Warga emas sebatang kara

Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
  • Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
  • Kecuali anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
  • Atau OKU yang berdaftar dengan JKM
  • Anak mestilah tiada pendapatan / tidak bekerja

2.1 Status permohonan BSH “Diterima”

Status permohonan “Diterima” bermaksud semua butiran yang dihantar untuk pertimbangan telah diterima atau dikemas kini, tetapi belum melalui proses semakan dan pengesahan atau verifikasi kelayakan untuk kelulusan bantuan. 

2.2 Status permohonan “Belum Kemas Kini”

Status ini bermaksud permohonan itu belum dikemas kini. Ini untuk kes  ika ada sebarang tambahan atau perubahan maklumat.

Jika tiada sebarang tambahan atau perubahan maklumat, kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan itu akan disemak dan melalui proses verifikasi kelayakan.

2.3 Status permohonan “Tidak Layak” 

Bagi status permohonan “Tidak Layak”, pemohon perlu menghubungi cawangan LHDN berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan status itu. 

2.4 Status permohonan “Tiada Rekod”

Status ini bermaksud anda tidak mempunyai sebarang rekod permohonan BSH. Dengan itu, anda boleh membuat permohonan baharu.

Cara paling mudah untuk kenal pasti adakah anda memang layak atau tidak boleh mneghubungi pejabat LHDN berhampiran.

Senarai pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri

Hati-hati!

Jika anda tidak pasti, was-was atau keliru dengan mana-mana istilah atau terma berkaitan permohonan Bantuan Sara Hidup, anda patut bertanya terus kepada pihak berkenaan.

Elakkan mengisi apa juga borang atau melayan sebarang panggilan telefon yang konon ada kaitan dengan Bantuan Sara Hidup. Ini mencegah anda daripada kena tipu.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress