Pembayaran Bantuan BMT RM300 Dilakukan Minggu Ini
Untuk peringatan anda, Bantuan BMT RM300 akan dibayar mulai minggu ini kepada lebih 200,000 penerima dimana tarikh rasmi pembayaran adalah pada 24 Disember 2021.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT daripada RISDA ini telah memperuntukkan sebanyak RM191 juta kepada pekebun-pekebun kecil.
Kadar bantuan adalah sebanyak RM600 seorang dan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa 1 & fasa 2.
Pembayaran fasa 1 iaitu sebanyak RM300 telah pun disalurkan kepada penerima pada bulan November 2021 yang lepas. Baki pembayaran sebanyak RM300 akan disalurkan pada bulan Disember ini.
Langkah Melakukan Semakan BMT
Bagi melakukan semakan untuk kelayakan status permohonan anda, sila tekan pautan KLIK DI SINI
Langkah Melakukan Permohonan
Kepada mereka yang ingin melakukan memohon permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ini, sila pergi ke Pejabat RISDA daerah/ negeri berdekatan dengan tempat anda. Kemudian sila isi borang permohonan & sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau mempunyai masalah mengenai semakan serta ingin bertanya mengenai cara permohonan, sila rujuk saluran di bawah:
-
- Talian Hotline RISDA BMT : 03-4251 0171 / 03-4256 4022.
- Layari laman rasmi di http://pekebunkecilmakmur.com.my