Teka-teki yang menjadi tanda tanya pengikut akaun instagram milik allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin mengenai seorang perempuan yang memeluk anak Shuib akhirnya terjawab .Selepas perkongsian Insta Story berkenaan mendapat perhatian,jujurnya ramai yang berharap agar Shahmira Muhd atau dikenali Shuib Sepahtu untuk lebih dekat dan mengenali hati Wan Sharmila.
Menerusi perkongsian video di laman instagram Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra atau lebih mesra dikenali Dekta dilihat bertemu dengan Wan Sharmila atau dipanggil Auntie Lala disebuah pusat membeli belah.
‘Seharian dengan Auntie Lala,Thank you for today.Dekta happy sesangat.’
View this post on Instagram
‘pergi makan,auntie belikan buku, Dekta bagi Loveta kat Auntie.Terima kasih luangkan masa dengan Dekta.Jumpa lagi ‘ tulisnya di ruangan kapsyen post instgram
Rakaman video berkenaan mendapat lebih 1000 komen dan 100k tanda suka tak sampai 24 jam. Rata-rata pengikut teruja melihat Dekta tersenyum gembira dan bersenang-senang dengan Auntie kesayangannya( Wan Sharmila ) .
Malah ada yang berpendapat wajah Wan Sharmila dikatakan seiras dengan Dekta anak perempuan satu-satunya Shuib dan Arwah Sarah.
‘Kenapa aku tengok video ni sedih sangat.Rasa terharu.Cantik dan sangat Wan Sharmila’.Muka Wan tu dh ada kesamaan dgn Dekta tp jodoh pertemuan di tangan Allah
Kalau dia nk buat bini.. Ramai netizen setuju.Manjanya dekta dengan aunty wan sharmila.. bolehlah jdkan tempat bermanja. Begitulah komen yang ditinggalkan netizen di post berkenaan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sebelum ini,hangat diperkatakan Wan Sharmila adalah wanita yang memeluk erat Talita dalam video berkenaan.Namun sehingga kini masih belum disahihkan benar wanita berkenaan adalah Wan Sharmila.Identiti wanita berkenaan masih lagi dirahsiakan.
Terdahulu Wan Sharmila masih menafikan dan mengingatkan semua berpada-pada dalam membuat spekulasi dan cerita.Kerana bimbang ada hati yang terasa berikutan terlalu kerap namanya dikaitkan dengan Shuib.Takut perempuan yang sedang Shuib sedang kenal terasa hati.Ujarnya.
‘Saya ni bagai langit dengan bumi,saya tak pernah terfikir pun saya sesuai dengan shuib’ tambahnya lagi
Dan jika benar ia adalah Wan Sharmila, adakah dia telah bersedia ? Adakah dia wanita yang Shuib maksudkan ?-onviral