Buka Akaun Cimb Online | Kad Debit Dihantar Ke Rumah!

Siapa kata kalau nak buka Akaun Bank CIMB perlu ke kaunter? Tahukah, anda juga boleh buat online tanpa bersusah-susah ke cawangan CIMB dan beratur panjang.

Kemudahan ini sangat berguna, apatah lagi diwaktu PKP. Sudahlah beratur panjang. Adapula penjarakkan sosial yang menjadikan tempoh menunggu lagi lama dari biasa.

Jadi tak perlu khuatir lagi. Sebab Portal Info ada cara buka akaun bank CIMB dengan cuma mengunakan hujung jari dan kad bank akan terus dihantar ke rumah.

Tak perlu lagi bersesak!

Bagaimana Cara Buka Akaun CIMB Secara Online?

Permohonan Pembukaan Akaun Atas Talian CIMB (Octorsavers Account-i)

CIMB menawarkan OctoSavers Account-i di mana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke alamat anda di Malaysia yang berdaftar.

Apakah Syarat Kelayakan?

    • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
    • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sahaja
    • Akaun bersama, akaun amanah bagi individu bawah umur dan akaun kanak-kanak tidak dibenarkan
    • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia dan alamat e-mel yang sah
    • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i
    • TIDAK memiliki sebarang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan Asas/-i dengan CIMB.

*Makluman Untuk pelanggan Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan/-i Asas, anda boleh memohon Akaun Simpanan lain di CIMB Clicks.

Apa Yang Diperlukan Untuk Membuka Akaun OctoSavers-i CIMB

    • MyKad
    • Deposit permulaan minimum RM20 melalui pemindahan FPX dari akaun bank anda yang lain
    • Pendaftaran CIMB Clicks

Fi & Caj Akaun Simpanan OctoSavers-i

NO Jenis Caj Caj
1 Fi Tahunan Kad Debit Dikecualikan
2 Penggantian kad hilang/dicuri/salah dikendalikan RM12.00
3 Penutupan akaun selepas 3 bulan tetapi dalam tempoh 6 bulan dari pembukaan (diminta oleh pelanggan) RM20.00
4 Penutupan akaun selepas 3 bulan tetapi dalam tempoh 6 bulan dari pembukaan RM10.00
5 Salinan tambahan/pengeluaran semula penyata akaun simpanan untuk 12 bulan yang lalu (diminta oleh pelanggan) RM10.00 (pendahuluan)RM2.00 (setiap halaman)
6 Salinan tambahan/pengeluaran semula penyata akaun simpanan melebihi 12 bulan (diminta oleh pelanggan) RM30.00 (pendahuluan) + RM2.00 setiap halaman
7 Pemindahan dana dalam cawangan yang sama ke cawangan lain dengan arahan RM5.00 melalui cek jurubank/drawing voucher/arahan dan duti setem RM0.15 ke atas cek jurubank Pilihan lain secara percuma:
i) ATM ii) CIMB Clicks

Bagaimana Cara Pembukaan Akaun?

5 langkah saja diperlu dibuat untuk memohon pembukaan akaun OctoSavers-i CIMB :

  1. Muat turun Aplikasi CIMB Apply atau scan QR code pada poster di bawah. Klik ‘Open New Account’
  2. Imbas Mykad dan aktifkan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda.
  3. Isi e-borang untuk pembukaan akaun.
  4. Masukkan deposit RM20 pembukaan minima.
  5. Cipta ID pengguna CIMB Clicks anda.

Selesai!

Kad debit Octo anda akan dihantar ke rumah dalam masa 7-14 hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari pautan berikut:- https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/accounts/savings-account/octosavers-account-i.html

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress